Categories: Berita

Klip bunyi pertama dari BMW S1000RR baru

INTERMOT bakal menjadi tumpuan utama bagi BMW Motorrad untuk memperkenalkan superbike baru mereka, S1000RR, sebaliknya jenama Jerman memutuskan untuk mendedahkan unit pengeluaran mereka yang lengkap pada acara EICMA Milan yang akan datang pada bulan November.

Maklumat rasmi untuk model ini kini terhad dan kami hanya mendapati gambar-gambar prototaip mereka yang sedang diuji dengan beberapa imej yang dijana oleh komputer.

Tetapi, BMW akhirnya mendedahkan pada pertama kalinya video klip bunyi untuk mengacah S1000RR 2019.

Related Post

Dipaparkan pada Instagram mereka, saat-saat pertama video ini merupakan saat yang amat menarik sejak bunyi yang dijana oleh motosikal tersebut tidak seperti bunyi yang dihasilkan daripada enjin empat silinder. Kami berpendapat bahawa enjin tersebut masih mempunyai rangka enjin empat silinder tetapi bunyi pertama yang dihasilkan mempunyai perbezaanya.

Adakah BMW Motorrad ingin menukar enjin S1000RR seperti yang digunakan dalam motosikal Yamaha YZF-R1?

Tonton video tersebut dan beri kami pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah