Categories: Berita

KTM RC390 baru dilihat dengan kemas kini besar!

KTM RC390 AKAN DATANG TELAH DILIHAT DENGAN GAYA, CASIS, DAN ENJIN BARU. INI ADALAH SEMUA ANDA PERLU TAHU!

KTM RC390 2021

KTM RC390 dan Duke 390 pada asalnya dibangunkan dibawah program bersama antara jurutera Bajaj dan KTM. Kedua-dua jentera silinder tunggal 373.2 cc membuat debut pertama pada 2012 di EICMA Milan. Bagi KTM RC390, kemas kini terbesar yang model ini dapat adalah penggantian ekzos jenis underslung dengan sistem ekzos jenis slip-on. Manakala, jika dilihat dari spy shot, ia kelihatan seperti KTM RC390 akan menerima salah satu kemas kini terbesar bagi 2021.

KTM RC390 2021 DILIHAT

Oleh kerana kami hanya mempunyai gambar spy shot KTM RC390 yang akan datang, kami tidak dapat mengulas banyak mengenai angka tersebut. Namun, berikut adalah beberapa perkara yang kami berjaya dapat dari gambar yang bocor.

Related Post

Model ini menerima salah satu kemas kini terbesar dari segi reka bentuk dan teknologi. Salah satu perkara penting yang dapat dilihat adalah fairing serba baru. Di samping fairing baru, model ini menerima lampu depan LED gaya KTM 390 Duke. Senang melihat model ini mendapat reka bentuk segar, namun, jika anda peminat lampu depan RC generasi terkini, ini mungkin berita buruk bagi anda. Selain itu, indikator LED sekarang tertanam di fairing dan bukannya cermin sisi seperti yang terlihat pada model semasa.

KTM membuang tempat duduk satu bahagian untuk tempat duduk dua bahagian konvensional yang jauh lebih anggun untuk penunggang dan pembonceng. Bagi casis, nampaknya KTM juga telah memperbaharui rangka. Melihat hujung belakang, sama seperti bahagian depan; KTM telah melakukan beberapa kerja di bahagian ekor dan lampu belakang juga. Secara keseluruhan, dari depan ke belakang RC390 baru sebenarnya kelihatan lebih besar dan… lebih baik!

Bagi brek pula, KTM sambung dengan brek ByBre yang dipasang secara radial. Namun, kali ini kaliper dan cakera kelihatan lebih anggun dan lebih ringan – Kemungkinan besar unit yang dikemas kini. Bagi enjin, RC390 baru nampaknya mempunyai powerplant yang sama mungkin dengan peningkatan kecil dan kemas kini yang mematuhi Euro5.

Sumber: Motorrad Magazin, VisorDown

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah