Categories: Sukan Motor

SBK – Tom Sykes menyertai pasukan BMW Motorrad pada 2019

Selepas menikmati perkongsian selama 9 tahun dengan pasukan Kawasaki Racing Team, Tom Sykes akan menampil warna pasukan barunya untuk musim World Superbike yang akan datang. Juara BSB, Leon Haslam akan menggantikan Tom dan disertai dengan juara WSBK kali ke empat Jonathan Rea, tetapi sehingga kini, kita tidak boleh mengenalpasti  pasukan yang Tom Sykes akan menyertai untuk menyambung kerjayanya.

Related Post

BMW Motorrad sering berharap untuk mencapai keputusan yang lebih baik di World Superbike tetapi harapan mereka tidak tercapai oleh kerana prestasi Althea Racing yang tidak memuaskan musim ini. Walaubagaimanpun, pengilang Bavarian tersebut telah menutup perjanjian dengan Shaun Muir Racing, yang kini mengurus pasukan Aprilia, bertungkus-lumus untuk menjamin kedudukan Tom Sykes pada musim depan.

Pelumba Britain dan juara pada tahun 2013, telah bersetuju untuk menyertai pasukan BMW Motorrad yang juga berharap untuk mendapat sokongan untuk pasukan SMR bagi motosikal S1000RR yang akan digunakan pada musim depan. Sykes akan disertai dengan Markus Reiterberger, Juara Eropah Superstock 1000 2018 bagi pasukan BMW Motorrad.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah