HARLEY DAVIDSON LANCAR SOFTAIL STANDARD 2020. HARGA MULA DARI $13,599 DI US DAN DATANG DENGAN EMPAT PAKEJ AKSESORI.

24 Februari 2020, Harley lancar motosikal Softail Standard 2020 baru yang pada dasarnya menawar pengalaman cruiser Harley-Davidson. Softail menawar profil bobber dengan prestasi dinamik casis Harley-Davidson Softail. Tidak dilupakan juga, motosikal ini datang dengan banyak kuasa dari powertren V-kembar Milwaukee Eight. Datang dengan cat klasik hitam terang dengan sentuhan krom, ia membentangkan dirinya dalam bentuk yang paling asas.

REKABENTUK

Model Softail standard datang dengan kerusi tunggal yang mendedahkan fender belakang yang dipotong dan tangki minyak 3.5 galon yang mendedah rangka dan enjin.

Enjin 107 Milwaukee-eight hitam dengan penutup rocker yang digilap dan head fins silinder menunjuk butir-butir terperinci. Selain itu, krom shield dan penyeyap pada ekzos memberi gaya low profil model Softail asas.

Motosikal ini mempunyai roda klasik (19 inci di depan dan 16 inci di belakang). Kedua-dua roda mempunyai kemasan krom. Di depan, slider fork bersalut jelas, triple-clamp, top clamp, riser dan lampu depan krom. Hendal mini dan paparan kompak digital memberi gaya depan yang minimalis.

SUSPENSI

Bagi suspensi pula, motosikal ini memapar suspensi mono-shock dengan teknologi emulsi dan coil-overs. Untuk depan, suspensi dual bending valve meningkat tindak balas dan ketangkasan motosikal. Tambahan pula, motosikal ini datang dengan ABS sebagai pilihan dengan model Softail asas.

Related Post

ENJIN

Enjin 107 V-kembar Milwaukee-eight dengan empat silinder memberi prestasi yang tidak boleh ditandingi. Ia memastikan motosikal mengikut gaya, bunyi dan rasa dari DNA Harley. Dual Counterbalancer mengurangkan getaran pada idle untuk meningkat keselesaan penunggang. Bagi penunggang yang fokus pada prestasi, terdapat kit kemas kini helang Harley-Davidson yang sedia untuk enjin ini.

Harga motosikal ini adalah $13,599 di US. Namun, terdapat empat pakej aksesori dari Harley. Lihat pakej di sini! Dalam kes Malaysia, kami tidak pasti bila motosikal ini akan tiba tetapi kami berharap dapat melihatnya tidak lama lagi!

Galeri Harley Davidson Softail Standard 2020 | Sumber gambar: Harley Davidson

  

  

  

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan