Categories: Berita

Revolt Intellicorp akan mengeluarkan motosikal pintar baru pada Jun

REVOLT INTELLICORP BERSEDIA UNTUK MELANCARKAN MOTOSIKAL PINTAR PERTAMA NEGARA DAN REKA BENTUK TELAH PUN DIDEDAHKAN

Syarikat India Revolt Intellicorp Pvt. Ltd akan melancarkan motosikal pintar barunya pada Jun tahun ini. Usahawan Rahul Sharma, co-founder untuk jenama telefon Micromax, adalah penngasas syarikat ini. Syarikat ini mempunyai matlamat untuk membangun motosikal AI pertama negara.

Ibu pejabat Revolt Intellicorp terletak di Guragon dan kemudahan perkilangan terletak di Manesar, Haryana. Syarikat ini telah berusaha selama dua tahun untuk membangun motosikal ini dan kini kita boleh lihat lakaran produk pertama.

Menurut Bikeindia, motosikal uji bagi motosikal pintar telah dilihat berdekatan dengan kemudahan perkilangan di National Captial Region.

Related Post

Revolt Intellicorp Smart Motorcycle | Sumber gambar: Bikeindia

Ciri-ciri

Keseluruhan model baru ini adalah elektrik. Ia akan dilengkapi dengan 4G LTE SIM. Ia mempunyai jarak gerak sebanyak 150 kilometer dengan satu cas. Ia berfungsi dengan pek bateri lithium-ion yang boleh diganti. Menurut beberapa sumber, motosikal ini akan mencapai 85 km/j sebagai kelajuan maksimum.

Syarikat ini akan mengimport bateri dan motor elektrik. Revolt Intellicorp juga akan mereka sistem pengurusan bateri dan ECU.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan