Categories: Sukan Motor

SBK – Ten Kate Racing mendedahkan Yamaha R1 baru Loris Baz

PASUKAN BELANDA TELAH MENGADAKAN ACARA TAHUNAN MEREKA PITSTOPDAG DAN MENDEDAHKAN LORIS BAZ SERTA YAMAHA R1 BARU DI IBU PEJABAT PASUKAN TERSEBUT.

Yamaha R1 Ten Kate Racing | Sumber gambar: WorldSBK

Kepulangan Ten Kate Racing di kejuaraan World Superbike telah diumumkan awal bulan ini tetapi pasukan Belanda ini masih perlu tunggu sedikit lama lagi untuk akhirnya bersaing.

Pada acara tahunan pasukan yang digelar Pitstopdag, Ten Kate Racing telah menunjukkan jentera dan pelumba baru mereka.

Related Post

Loris Baz adalah pelumba Perancis yang mempunyai banyak pengalaman lumba di World Superbike dan MotoGP. Bagi motosikal baru, Ten Kate Racing akan mengguna YZF-R1 dengan sokongan dari Yamaha.

Pengurus pasukan Ronald Ten Kate mempunyai aspirasi tinggi untuk berlumba di Assen tetapi perjanjian yang dilakukan dengan Yamaha agak lambat. Jadi pasukan ini tidak akan mempunyai R1 untuk berlumba di Imola. Loris Baz perlu menunggu sehingga pusingan Jerez untuk mengukur dirinya dengan penunggang sepenuh masa lain di SBK.

Tetapi sebelum itu, Ten Kate Racing akan pergi ke Marco Simoncelli Misano World Circuit untuk menguji jentera R1.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan