Categories: Berita

Subaru akan reka motosikal terbang menurut paten terkini?

KONSEP BARU DARI SUBARU AKAN TIBA DENGAN CIRI-CIRI VTOL.

Sumber gambar: Robb Report

Untuk bertahun-tahun, kami telah kagum dengan keajaiban teknologi dalam mencipta perkara yang luar biasa. Kami telah melihat kereta terbang, dengan “pesawat jalan” Terrafugia baru-baru ini, dan sekarang kami akan menyaksikan motosikal terbang. Subaru mungkin dapat memberi kita pandangan yang jelas tentang bagaimana dua roda ini boleh terbang berdasarkan reka bentuk terbarunya.

Pengilang Jepun baru-baru ini mengemukakan permohonan paten untuk motosikal yang juga berfungsi seperti kapal terbang atau helikopter. Permohonan itu difail ke Pejabat Paten dan Tanda Dagangan AS awal bulan lalu dan ini ditemui oleh Motorcycle.com pada Hari April Fools. Saya tahu apa yang anda fikir- dan ini bukan satu jenaka. Aplikasi itu menerangkan kenderaan darat-ke-udara yang akan mempunyai keupayaan vertical takeoff and landing (VTOL).

Related Post

Jika anda lihat lakaran dengan teliti, konsep terbang mungkin sebuah motosikal yang dimasukkan ke dalam fiuslaj pesawat kecil satu orang. Begitu juga, ketika mendarat di tanah, sayapnya terselit di sisinya. Sayapnya akan memanjang ke luar dengan baling-baling menghadap ke atas ketika anda ingin terbang. Setelah naik ke udara, roda akan menarik kembali dan baling-baling akan mengarah ke depan.

Menurut Robb Report, motosikal terbang Subaru bukan eVTOL. Motosikal ini akan mempunyai enjin pembakaran dalaman berbanding dengan tenaga elektrik sepenuhnya. Pada tahun 2021, kebanyakan konsep VTOL adalah elektrik sepenuhnya jadi ia agak ganjil untuk Subaru memilih VTOL dan bukannya eVTOL.

Setakat ini tidak ada maklumat lanjut mengenai perkembangan motosikal terbang dari Subaru tetapi jangan lupa untuk ikuti kami jika terdapat sebarang kemas kini dari Subaru!

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah