Categories: Berita

Benelli RFS 150i dilancarkan sebagai pesaing supercub

Benelli baru sahaja melancarkan motosikal barunya Benelli RFS 150i Limited Edition dan merupakan sebuah motosikal supercub yang mampu bersaing dengan motosikal berkapasiti 150 cc dengan prestasi dan kualiti unggulnya.

Motosikal ini menggunakan enjin silinder-tunggal SOHC yang mempunya kapasiti sebanyak 149.8 cc dan mampu memecut dalam masa yang singkat dengan menggunakan potensi enjin dengan sepenuhnya. Tambahan pula, enjin ini menghasilkan 15.5 kuasa pada 8,500 rpm dan 13 Nm tork pada 7,000 rpm. Keistimewaan enjin ini ialah ia mempunyai teknologi tiga palam pencucuh – dikenali sebagai B3SP dan memberi RFS 150i Limited edition  kehandalan yang lebih baik dalam keadaan yang sukar serta mengurangkan penggunaan minyak.

Terhad kepada 135 km/h, RFS 150i Limited Edition ini dipadankan dengan transmisi enam kelajuan dan mempunyai rangka straddle yang meningkatkan ketangkasan motosikal apabila ditunggang dengan gaya pelumbaan.

Related Post

Benelli juga memilih untuk menaik taraf kedua-dua unit suspensinya, dengan bahagian depan motosikal ini dilengkapi dengan fork terbalik 41 mm yang memberi pergerakan sebanyak 88 mm. Bahagian belakang menggunakan jenis monoshock yang memberi pergerakan sebanyak 27 mm dan kedua-dua unit suspensi ini direka oleh Kayaba (KYB).

Dengan 126 kg sebagai beratnya, model RFS 150i Limited Edition bakal menjadi rakan baik anda untuk tunggangan urban dengan grafik khas Tri-colore berwarna seperti bendera Itali.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah