Categories: Berita

Italjet Dragster 125 mungkin masuk pasaran Malaysia tahun ini

THE ITALJET DRAGSTER 125 MUNGKIN AKAN DATANG DENGAN TANDA HARGA SEKITAR RM30,000.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Jenama motosikal Itali, Italjet, mengesahkan mereka akan mula memasarkan model yang dinanti-nanti, Dragster 125 dan Dragster 200 mulai Disember 2021.

Seperti yang dijanjikan, Italjet telah pun mula memasarkan kedua-dua varian untuk pasaran Eropah dan Asia. Pasaran Malaysia akan menyambut ketibaan Italjet Dragster 125 tahun ini.

Italjet Dragster 125 dijangka tiba di Malaysia sekitar pertengahan 2022 melalui pengedarnya, Chear Global. Skuter dengan gaya agresifnya telah menarik perhatian ramai sejak pertama kali ia dipamerkan.

Related Post

Walau bagaimanapun, wabak Covid-19 yang melanda pada tahun berikutnya telah memberi sekatan kepada Italjet dalam memasarkan motosikal itu. Namun begitu, jenama itu mengesahkan bahawa Dragster akan mula pemasaran pada Disember 2021 sebagai model 2022 semasa di EICMA, baru-baru ini.

Italjet Dragster ini akan didatangkan dalam dua varian iaitu 125cc dan 200cc.

Varian 125cc menghasilkan 13hp daripada enjin satu silinder dengan penyejukan cecair. Enjin 200cc dengan standard Euro5 menawarkan 18hp.

Italjet Dragster ini menampilkan komponen berprestasi tinggi termasuk ekzos Akrapovic, sistem brek Brembo dan suspensi Öhlins.

Selain itu, Italjet turut mendedahkan bahawa ia akan melancarkan model elektrik pada separuh kedua 2022 dan akan dinamakan Dragster e01.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah