Categories: Berita

QJMotor bawa 600RR baharu di Malaysia?

QJMOTOR 600RR 2022 AKAN MEMAPARKAN REKA BENTUK DAN SISTEM EKZOS BARU.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

MForce Bike Holdings telah mengesahkan bahawa jenama China, QJMotor akan memasuki pasaran Malaysia. Terdapat kemungkinan MForce akan membawa masuk beberapa model QJMotor termasuk SRT800, SRK600 dan QJ Race 250.

Dalam perkembangan terkini di China, QJMotor dalam usaha untuk memperkenalkan 600RR yang dikemas kini untuk 2022. Perkara ini didedahkan menerusi imej ‘spy shot’ yang telah dikongsi oleh beberapa media antarabangsa. Berdasarkan gambar tersebut, QJMotor telah melaksanakan beberapa penambahbaikan pada motosikal full fairing.

Related Post

Bahagian hadapan telah direka bentuk semula untuk kelihatan lebih moden dan agresif. Sebaliknya, panel sisi dipadankan dengan sayap ala MotoGP.

Model itu juga dilaporkan mempunyai sistem ekzos baharu. Ini memberi gambaran bahawa bahagian enjin juga telah dinaik taraf untuk memenuhi standard Euro 5.

Selain itu, model tersebut turut menampilkan rekaan lampu depan baharu manakala bahagian fairing lebih lebar dan menutup bahagian enjin berbanding generasi sebelum.

Walau bagaimanapun, model 2022 juga dijangka akan membawakan ciri yang sama seperti sebelum ini. Ini termasuk skrin paparan TFT 5-inci, sistem tanpa kunci, brek Brembo dan suspensi Marzocchi.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah