Categories: Berita

Teknologi bantuan motosikal Honda meningkatkan lagi keselamatan penunggang

TEKNOLOGI TERKINI HONDA MENDAKWA MOTOSIKALNYA MAMPU MEMBERI AMARAN KEPADA PENUNGGANGNYA UNTUK MENGELAKKAN KEMALANGAN.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Tindakan Honda mendaftarkan paten untuk teknologi bantuan penunggang motosikal, baru-baru ini menunjukkan syarikat itu sedang berusaha untuk melakukan lonjakan besar dalam teknologi yang baru diperkenalkan pada 2017.

Teknologi itu membolehkan motosikal mengambil alih beberapa aspek kawalan motosikal, sama ada memberi peluang kepada penunggang berehat atau mengelak kemalangan. Sama seperti Honda Sensing dalam kereta, teknologi ini menggunakan kamera, radar dan LIDAR (pengesanan cahaya dan jarak berasaskan laser) dengan kawalan automatik.

Lima tahun lalu, Honda mengejutkan dunia permotoran apabila ia menunjukkan teknologi bantuan penunggang melalui motosikal konsep yang boleh mengimbangi dan bergerak pada kelajuan rendah secara autonomi.

PATEN TERKINI MENUNJUKKAN TEKNOLOGI ITU TELAH BERKEMBANG SEHINGGA MAMPU MENGAMBIL ALIH ASPEK KAWALAN MANUSIA ATAS JENTERA DUA RODA.

Teknologi ini menggabungkan kamera, radar dan LIDAR bersama-sama dengan satu siri kawalan automatik, termasuk throttle, brek dan stereng yang dipantau oleh modul komputer.

Di samping itu, terdapat sensor biasa untuk kelajuan, pecutan dan brek serta GPS terbina dalam dan peranti komunikasi (telefon dengan sambungan selular, Wi-Fi dan Bluetooth) serta sistem jarak dekat yang membolehkan motosikal berkomunikasi dengan kenderaan lain yang berdekatan.

Sistem stereng menggunakan tetapan sensor tork ‘magnetostrictive’ yang sama seperti prototaip stereng bantuan Yamaha, memantau input penunggang dan memberikan bantuan apabila diperlukan.

Related Post

Kamera menghadap penunggang dan sensor tekanan pada tempat duduk, genggaman bar dan pasak kaki menentukan pengagihan berat dan kedudukan duduk penunggang. Ini juga memantau kedudukan pembonceng yang turut menjejaskan keseimbangan motosikal.

SECARA KESELURUHAN, TEKNOLOGI ITU AKAN MEMBERIKAN MOTOSIKAL TAHAP KEUPAYAAN SEPARA AUTONOMI YANG SAMA SEPERTI KERETA PREMIUM. MALAH, HONDA MEMPUNYAI SESUATU YANG SERUPA DALAM BEBERAPA KERETA JENAMA ITU MELALUI TEKNOLOGI HONDA SENSING.

Ciri-ciri seperti kawalan cruise adaptif (ACC), bantuan laluan kekal (LKAS) serta penukaran lorong automatik (ALC) dan lorong kereta berkelajuan rendah (LSP) untuk memotong kenderaan perlahan secara automatik, menjadi satu realiti dengan teknologi ini.

Motosikal LKAS lebih rumit berbanding dengan kereta. Bukan seperti sistem pemanduan kereta yang meletakkan kenderaan di tengah lorong, keupayaan untuk menukar kedudukan di lorong bergantung kepada syarat untuk versi dua roda.

Sebagai contoh, apabila menunggang dalam kumpulan, sistem menggunakan corak berperingkat dengan menjarakkan motosikal berbanding motosikal di hadapan, bertujuan untuk memaksimumkan penglihatan dan meningkatkan keupayaan melakukan brek.

Semasa memasuki selekoh, sistem mengukur kelebaran lorong yang membolehkan kenderaan bergerak lebih laju apabila dikesan menghampiri dari belakang, mengarahkan jentera bergerak ke tepi lorong dan membiarkan kenderaan dari belakang lalu.

Namun, sama seperti Honda Sensing di dalam kereta, penunggang masih mempunyai kuasa untuk menentukan kawalan keseluruhan dan teknologi akan diaktifkan apabila diperlukan.

Memandangkan teknologi ini adalah projek jangka panjang, jangan harap boleh membeli motosikal yang mempunyai teknologi ini.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah