Alpinestars But Supertech R Kenny Roberts Sr. | Sumber gambar: Motorcycle News

Sepasang but untuk kegunaan perlumbaan adalah sesuatu yang istimewa dan apabila Alpinestars mengumumkan mereka mempunyai sepasang versi edisi terhad baru bagi but Supertech R mereka, maka kita mula berminat untuk melihat apa yang ditawarkan oleh jenama aksesori motosikal terkenal ini.

Pada GP terakhir Amerika di Austin, Texas, Alpinestars telah mengambil peluang untuk mendedahkan but edisi terhad Supertech R Kenny Roberts Sr. yang kini boleh didapati melalui peruncit terpilih yang menunjuk warna dan logo yang menjadi terkenal di dunia oleh “King Kenny” sendiri.

But Supertech R dibuat daripada microfiber teknikal untuk memberi lebih banyak kelenturan semasa penunggang menukar posisinya pada motosikal. Perlindungan datang daripada perlindungan tulang kering TPU yang direka untuk membalut di sekeliling pergelangan kaki, sementara penjaga pergelangan kaki bio-mekanikal membolehkan penunggang untuk mengerak kaki dengan lebih kebebasan daripada but perlumbaan biasa, tetapi menghentikan kaki dari berpusing terlalu banyak jika berlakunya kemalangan.

Related Post

But Alpinestar edisi terhad Supertech R Kenny Sr. dilengkapi dengan warna hitam dan kuning istimewa serta logo helang putih terkenal. Sebelah heel plate slider, yang boleh diganti, setiap but akan mendapat tandatangan “King Kenny” untuk nilai tambahan.

Untuk maklumat lanjut mengenai but Alpinestar edisi terhad Supertech R Kenny Sr. klik di sini.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan