YAMAHA MT-10 DAN MT-10 SP 2022 BAHARU DATANG DENGAN MODIFIKASI RINGKAS TETAPI PENINGKATAN HEBAT DARI SEGI PRESTASI.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Yamaha baru-baru ini menampilkan MT-10 dan MT-10 SP 2022 terkini dengan enjin yang lebih berkuasa serta reka bentuk baharu.

Pemfailan dokumen baru-baru ini oleh Yamaha mengesahkan berita hebat ini. Menurut dokumen itu, model Yamaha MT-10 dan MT-10 SP dikenali dengan kod RN78 A dan RN78 B. Ini menggantikan kod RN45 A dan RN45 B yang digunakan untuk model sebelum.

Spesifikasi menunjukkan bahawa SP dan versi standard mempunyai lebih banyak komponen premium namun kedua-dua model masih dikuasakan oleh enjin CP4 998cc yang diambil daripada YZF-R1. Walau bagaimanapun, dokumen itu mendedahkan bahawa model generasi baharu itu jauh lebih berkuasa daripada rakan sejawatannya. Ia mampu menghasilkan 164hp dan 112Nm, berbanding dengan 158.2hp dan 111Nm pada model sebelum.

Related Post

Sistem ekzos serba baharu mungkin menyumbang kepada peningkatan kuasa. Pada masa yang sama, peningkatan kuasa ini juga telah meningkatkan kelajuan maksimum jentera ke 250km/j. Sebelum ini kelajuan tertinggi adalah 245km/j.

Namun dokumen itu tidak mendedahkan gambar model baharu. Tetapi, melihat kepada dimensi yang dinyatakan, MT-10 2022 dijangka hadir dengan reka bentuk serba baharu selaras dengan kemas kini yang didapati pada varian MT-07 dan MT-09 2021.

Sementara itu, model generasi baharu adalah 2 kilogram lebih berat dengan 212kg untuk model standard dan 214kg untuk model SP.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan