Categories: Berita

Suzuki V-Strom kini tersedia di Malaysia – RM81,900

DENGAN TANDA HARGA RM89,900, JENTERA ADVENTURE INI ADALAH PILIHAN BERPATUTAN BERBANDING DENGAN JENTERA DENGAN KAPASITI 1000CC DAN LEBIH.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Suzuki V-Strom 1050 XT kini tersedia di semua pengedar Suzuki Malaysia dengan tanda harga RM81,900. 

Ini menjadikan V-Strom 1050 XT motosikal adventure paling berpatutan dalam pasaran berbanding dengan model lain dengan kapasiti 1000cc dan lebih. 

V-Strom 1050XT turut akan tersedia dalam beberapa pilihan dengan dua pannier kiri dan kanan. 

Related Post

V-Strom 1050 XT menampilkan enjin (Euro 5) silinder kembar yang mampu menjana 106hp @8,500 rpm dan tork 99Nm @6,000 rpm. 

Ciri-ciri lain yang ditawarkan adalah Cornering ABS, Hill-hold Control, Cruise Control dan pelana boleh laras. 

Tambahan pula, Suzuki Malaysia telah lancar V-Strom 650 XT untuk pasaran tempatan yang ditawarkan pada harga RM37,989.00.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan