PEREKA MOTOSIKAL ITALI, VYRUS TELAH MENGUMUMKAN VYRUS ALYEN 988 DIKUASAI DUCATI MEREKA. SELAIN DARIPADA ENJIN PANIGALE 1299, MOTOSIKAL INI MENGGUNA RANGKA, SWINGARM DAN KERJA BADAN HASIL REKAAN VYRUS.

Vyrus adalah pengeluar motosikal bespoke yang berpangkal di Cariano, Itali. Dimana motosikal individu direka untuk dipesan dan tiada persamaan antara semua motosikal yang direka. Oleh sebab pengeluaran terhad dan kegunaan bahagian-bahagian berkualiti, kesemua model Vyrus adalah eksklusif. Adakah anda tahu bahawa Vyrus pada mulanya bekerja bersama dengan Bimota atas pembangunan evolusi motosikal “Tesi” Bimota? Vyrus kemudian berpisah dengan Bimota dan mula membangunkan motosikal tersendiri mereka.

Sebelum ketibaan 988, barisan Vyrus termasuk, 984 C3 2V yang mengguna 2 injap dari Ducati, enjin sejukkan udara 1000 cm3 yang menjana 100bhp. Kemudian 985 C3 4V yang mengguna 4 injap dari Ducati, enjin sejukkan cecair 1000cm3 yang menjana 155bhp dan 987 C3 4V dengan 4 injap dari Ducati, enjin sejukkan cecair dengan 184bhp. Akhirnya adalah 987 C3 4VV yang dikuasai oleh 4 injap Ducati, enjin supercaj sejukkan cecair 1200 cm3 yang menghasilkan 211 bhp!

VYRUS ALYEN 988

  

Vyrus Alyen dikuasai oleh L-twin 1298cc dari generasi terdahulu Ducati Panigale. Disesuaikan dengan kotak gear enam-kelajuan yang menjana 205bhp @ 10,500 rpm.

 

Related Post

Bahagian depan motosikal kelihatan serupa dengan Bimota Tesi H2. Manakala, Vyrus menggunakan tanda dagang mereka untuk reka bentuk depan yang mengguna persediaan stereng hub-centre dan sistem stereng berwayar hydraulik Vyrus. Motosikal ini mempunyai kerja badan dan tangki minyak yang digantung. Bagi tempat duduk ia seperti kerusi tergantung.

  

Dibawah, Alyen 988 memapar ekzos gentian karbon yang menggabung dengan gaya yang agresif. Bagi rangka, motosikal ini mengguna reka bentuk magnesium double-omega Vyrus digabungkan dengan badan komposit self-supporting. Dari segi suspensi dan brek, Alyen mendapat persediaan suspensi pushrod unik di depan dan belakang seta brek eksotik Brembo GP4. Yang paling ganjil adalah walaupun Alyen 988 mempunyai enjin superbike dan casis, kerja badan secara keseluruhan memberi motosikal ini gaya motosikal naked.

  

Harga ataupun nombor unit yang akan dikeluarkan belum diumumkan lagi. Menurut beberapa sumber, memandangkan Vyrus menjual motosikal terdahulu pada harga sekitar $90,000 kami boleh jangka Vyrus Alyen 988 akan mempunyai tanda harga sama atau lebih.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah