MOTOSIKAL INI KELIHATAN SEPERTI MOTOSIKAL SHOTARO KANEDA DARI AKIRA OLEH SEBAB SKEMA WARNA CARIBBEAN RED DAN JUGA RODA HUB

Honda Motocompo XL | Sumber: Hypebeast

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Artis 3D freelance yang berasaskan London Allan Williams aka vektasigma, telah memberi para peminat pandangan baru kepada motosikal kompak Honda Motocompo.

Dinamakan Motocompo XL, Williams telah render skuter boleh lipat ke motosikal saiz penuh. Motosikal ini kelihatan seperti motosikal Shotaro Kaneda dari Akira oleh sebab skema warna Caribbean Red dan juga roda hub. Walaupun versi XL tidak akan muat dalam sebuah Honda City, ia tetap mengekal ciri luar kotak tetapi telah mengubah posisi menunggang ke sesuatu yang didapati pada motosikal sukan atau cafe racer dengan clip-on yang dipasang rendah dan pelana tunggal.

Related Post

Reka bentuk ini juga menampilkan gaya cyberpunk dan industri dengan bar lampu LED, panel yang diilhamkan oleh pesawat, dan penjenamaan retro Honda. Williams juga telah render versi dalam pandangannya dengan Daisy Yellow sebagai tanda setuju kepada versi asal.

Sumber: Hypebeast

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah