Categories: Berita

KTM akan bina motosikal 490cc dan 890cc baru

FIRMA INI AKAN LANCAR MOTOSIKAL INI TAHUN DEPAN?

KTM | Sumber gambar: Driver Mag

Salah satu nama terbesar dalam industri motosikal, KTM, sedang membina satu platform enjin 490 cc. Firma Austria ini juga membawa 890 Duke R 125hp ke segmen supermoto dan adventure.

Pierer Mobility sempat menunjuk masa depan jenama melalui perbentangan – iaitu platform enjin 490 cc baru. Motosikal-motosikal baru ini akan mempunyai enjin silinder kembar. Model-model ini termasuk 490 Duke, 490 Adventue, RC490, 490 SMC R dan 490 Enduro R.

Related Post

Menurut Presiden KTM, Stefan Pierer, firma kini sedang membangun powerplant 500cc di Indian dengan Bajaj. Drive Mag mengatakan semua motosikal 490cc ini dibina terutamanya bagi pasaran India dan Eropah.

Model 890cc termasuk KTM 890 Duke R. Ia mempunyai enjin silinder kembar yang mampu menjana 125 hp. Motosikal-motosikal baru ini adalah 890 Adventure, 890 SMC dan 890 Enduro R.

Firma ini mungkin melancar model 490cc pada hujung 2020.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah