PERNAH NAMPAK SUPERKASPASITOR PADA MOTOSIKAL?

NAWA Racer | Sumber gambar: New Atlas

Syarikat teknologi Perancis, NAWA Technologies, bukan dalam perniagaan untuk membina motosikal elektrik. Modal perniagaan mereka adalah pembinaan bateri. Tetapi ini tidak menghalang firma daripada mencipta motosikal elektrik pertama – NAWA Racer. Motosikal ini penuh dengan pelbagai ciri serta teknologi menarik.

Melalui kolaborasi mereka dengan Envisage Group, Nawa Racer datang dengan gaya minimalis. Envisage Group telah bekerjasama dengan Jaguar dan beberapa jenama lain lagi. Beberapa ciri menarik mengenai motosikal ini termasuk, roda belakang hubless, kerusi duck-tailed dan lampu belakang LED jenis wrap-around.

Sumber gambar: Forbes

NAWA TELAH MEMASANG SUPERKAPASITOR PADA RACER (ATAU ULTRACAPACITOR- NAWACAP).

Ia seperti bateri tetapi ia mampu dicas dalam beberapa saat. Ia juga boleh buang cas tersebut pada tahap yang tinggi. Ini lebih berkesan berbanding bateri kerana ia mampu memberi lebih kuasa dalam masa yang singkat. Firma lain yang juga telah mengguna superkapasitor dalam jentera mereka ialah Lamborghini dengan hypercar baru mereka, Sian.

Related Post

Racer datang dengan pek bateri kecil 9kWh dan satu NAWACap ultracapacitor 1kWh. Ia mempunyai pelbagai kelebihan. Ia boleh dicas semula dengan pembrekan janaan semula (regenerative braking) atau bateri Li-ion (atau kedua-dua). NAWA kata Racer mampu mencapai 0-60 hanya dalam tiga saat dengan kelajuan maksimum 100 batu sejam. Ia mampu menjana sekitar 100 hp.

Sumber gambar: Designboom

Racer mempunyai berat 330 pound yang jauh ringan berbanding dengan motosikal elektrik lain dalam industri ini. Ini meningkatkan prestasi dan pengendalian motosikal. Sistem NAWACap juga memanjangkan jarak gerak bandar Racer kerana beratnya.

Lebih banyak kerja ditumpukan pada superkapasitor untuk memastikan ia mampu bertahan lebih lama untuk meningkatkan prestasi. Dengan lebih motosikal seperti Racer, ia tentu akan menarik lebih penunggang.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan