PENANG, 6 JANUARI 2020 – BOON SIEW HONDA MULA 2020 DENGAN PENGUMUMAN HONDA RS150R 2020.

Honda RS150R 2020 baru

Honda RS150R 2020 masih popular dalam segmen sports cub hingga hari ini. Ia sudah berkembang lagi kepada sports cub yang lebih sporty dan anggun dengan sentuhan premium.

Pada Honda RS150R baru, fender belakang direka semula untuk mengganti rekabentuk fender lama. Fender baru ini siap dengan lampu brek anggun dengan lampu isyarat bebas yang memberi gaya keseluruhan sporty.

Lampu belakang yang direka semula

Selain itu, motosikal ini mempunyai roda warna emas 17 inci untuk kemasan premium.

Roda warna emas untuk 2020

Honda RS150R baru ini tentu menawan ramai dengan grafik decal jalur terkini. Kegunaan liveries juga meningkatkan gaya sporty keseluruhan motosikal ke tahap seterusnya. Warna Trico Honda kini boleh didapati di skema livery bersama dengan Pearl Magellanic Black, Pearl Nightfall Blue dan yang paling popular, Repsol Edition.

Trico

Related Post

Repsol Edition

Pearl Magellanic Black

Pearl Nightfall Blue

Selain daripada rekabentuk baru, motosikal ini datang dengan panel meter LCD digital baharu untuk paparan berteknologi tinggi dengan pelbagai informasi. Perubahan paling ketara termasuk rev counter digital dan paparan speedometer di tengah.

Panel meter LCD digital baharu

Honda RS150R masih mengguna enjin sejukkan cecair 149.2 cc DOHC 4-lejang. Enjin ini mampu menjana 11.5kQ @ 9,000 rpm dan tork 13.6 Nm @ 6,500 rpm. Bagi prestasi menunggang yang luar biasa, enjin ini disesuaikan dengan kotak gear 6-kelajuan.

Honda RS150R 2020 mempunyai tanda harga (tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran) RM 8,199 untuk Standard (Trico, Biru dan Hitam) dan RM 8,499 untuk edisi Repsol.

Bagi maklumat lebih lanjut, klik di sini.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan