Categories: Berita

BMW R 18 Transcontinental dan R 18 B di Malaysia – RM186,500

KURANG DARI ENAM BULAN SELEPAS PELANCARAN GLOBAL, BMW MOTORRAD MALAYSIA KINI TELAH MEMPAMERKAN BMW R 18 TRANSCONTINENTAL DAN R 18 BAGGER.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

BMW R 18 Transcontinental dan R 18 (Bagger) meningkat R 18 ke tahap baharu sebagai motosikal Great American Tourer. 

Dibangunkan berdasarkan model edisi pertama dan klasik R 18, varian Transcontinental dan Bagger fokus terhadap keselesaan maximum untuk perjalanan panjang dengan penggunaan panel depan jenis ‘batwing’ dan cermin depan tinggi. 

Menurut BMW Motorrad, R 18 Transcontinental menawar ciri-ciri motosikal Amerika manakala R 18 B adalah untuk penunggang santai.

Related Post

Kedua-dua varian menampilkan enjin Big Boxer 1,802 cc. Kedua-dua mampu menjana 91hp @4,750rpm dan 158Nm @3,000rpm.

Penggunaan kerangka jenis ‘double-loop tube’ juga meneruskan kesinambungan jentera BMW R 5 yang cukup ikonik suatu ketika dahulu.

Antara ciri menarik yang terdapat pada R 18 Transcontinental dan R 18 B termasuk suspensi jenis strut dengan redaman dan pramuat boleh laras, roda aloi ringan dan BMW Motorrad Full Integral ABS.

Untuk melengkapkan ciri sebagai jentera ‘touring’, kedua-dua varian ini didatangkan dengan fungsi ‘Dynamic Cruise Control’ yang sebelum ini tidak terdapat pada varian R 18 Classic.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan