KTM Malaysia melancarkan KTM 1290 Super Adventure S dan Super Duke R yang baru

14 April 2017, Royale Bintang Hotel, The Curve – Kita boleh bernafas sekali lagi kerana generasi baru motosikal KTM  1290 akhirnya tiba.

Sejak kemunculan KTM 2017 Super Adventure dan Super Duke R pada EICMA tahun lepas, para peminat amat teruja dengan kedua-dua motorsikal ini. Kini, kedua-dua motosikal yang baru ini dilengkapi dengan suspensi, elektronik, posisi menunggang serta enjin yang lebih baik dengan lampu depan yang unik.

KTM 1290 SUPER ADVENTURE S

1290 Super Adventure S dan Super Adventure R merupakan varian yang sedang mendominasi pasaran sport-touring dengan enjin yang berkuasa tinggi dan disesuaikan kepada chasis yang unggul. Manakala, KTM merupakan satu pengilang yang tidak suka menonjol kejayaan mereka. Ia amat jelas bahawa slogan mereka “Ready to Race” merujuk kepada falsafah korporat mereka.

Model 2017 amat bangga tentang accelerometer yang ada pada motosikal tersebut – seperti yang dilihat pada 1290 Super Duke GT. Watak utama peralatan ini adalah untuk menyukat prestasi traksi motosikal, kestabilan motosikal dan semi-active suspensi WP pada mod yang dipilih : Sport, Street, Rain dan Offroad.

Selain itu terdapat Konsol TFT color display 6.5” baru yang menggunakan cermin perlindungan Gorilla. Paparan tersebut juga peka terhadap cahaya yang mampu menukar keteranganya berdasarkan percahayaan ambien. Terdapat juga tempat untuk meletak peralatan mobil yang kalis air dan mempunyai pengecas USB. Tambahan pula, motosikal KTM baru ini telah beralih kepada operasi “keyless” dengan penggunaan kunci transponder. Kontrol cruise adalah satu ciri yang standard. Penghubung dan pemutus (switchgear) yang ada pada hendal kini backlit.

Walaupun kuasa enjin (160 bhp!) dan tork (141 nm!) tetap sama dengan model sebelumnya tetapi KTM telah mengubahsuai enjin ini untuk memberi penghantaran kuasa yang lebih lancar dengan menggunakan ekzos sistem yang telah ditaja dan omboh yang beratnya 47g. Kuasa dihantar dengan slipper clutch (klac gelincir) PASC KTM.

KTM Malaysia memberi tawaran untuk KTM Travel Pack yang mempunyai kontrol Hill Hold, Motor Slip Regulation (MSR), Quickshifter+ dan KTM MY RIDE (hansfree kit dan audio player)

Harga bagi KTM 1290 Super Adventure S terletak pada RM115,000 termasuk 6% GST. KTM Malaysia akan melancarkan motosikal 1290 Super Adventure R pada masa yang akan datang.

 

KTM 1290 SUPER DUKE R

Apabila KTM muncul degan 1290 Super Duke R, syarikat Austria ini mereka sebuah mesin naked yang pantas dan agresif dan mampu melendingkan minda anda (walaupun ia amat jinak seperti anak kucing apabila ditunggang secara perlahan). Sejak kejadian tersebut, jenama lain telah pun melancarkan motosikal super naked mereka untuk mencabar KTM. Jawapan KTM kepada sesiapa yang berani untuk mencabarnya adalah dengan Super Duke R 2017 mereka yang dikenali sebagai “The Beast 2.0”.

Penjanaan kuasa telah dinaikkan ke 177 bhp dan tork pula dinaikkan ke 141 Nm. Enjin ini mempunyai nisbah mampatan 13;6;1 dengan penggunaan injap titanium. Super Duke R ini turut dilengkapi dengan slipper clutch (klac gelincir) PASC.

Penambahbaikan yang lain adalah sama dengan Super Adventure mereka dengan penggunaan accelerometer yang mampu mengesan darjah selekoh dan berfungsi seiring dengan kontrol traksi dan stabiliti motosikal serta ABS.

Related Post

KTM juga telah mengubah ergonomik Super Duke R. Hendal kini mempunyai kelebaran sebanyak 20 mm yang juga 5 mm lebih rendah dan 18.5 mm jauh ke hadapan untuk mengalihkan fokus beban ke tayar hadapan. Hendal ini boleh diputar sebanyak 22 mm mengikut kesesuian penunggang.

Tambahan pula, Super Duke R ini menerima sebuah peranti TFT baru bersama-sama sistem kunci transponder, cruise control dan backlit switchgear.

Seperti 1290 Super Adventure S, KTM Malaysia juga menawar dua pilihan kit untuk 1290 Super Duke R.

Yang pertama adalah “Performance Pack” yang mempunyai Motor Slip Regulation (MSR), Quickshifter+ dan KTM MY RIDE.

Kedua merupakan “Track Pack” yang mempunyai mod “Track”. Mod ini memberi penunggang pelbagai pilihan seperti pemetaan enjin (engine mappings), mematikan anti-wheelie, MTC slip yang boleh dilaras dan launch control.

KTM Malaysia sedang menawarkan Super Duke R 2017 untuk RM118,000 termasuk 6% GST.

 

GAYA KTM YANG BARU.

Pertama sekali, keseluruhan lampu depan adalah LED. Lampu siang hari mempunyai 6 LED dan menonjolkan gaya predatory.

KTM telah mereka semula lampu depan untuk memberi identiti yang tidak dapat disangkal. Walaupun terdapat segelintir orang yang tidak bersetuju dengan gaya tersebut namun apabila dilihat secara langsung ia akan menjadi satu pengalaman yang tidak akan dilupai. Ada yang kata gaya baru ini kelihatan seperti mentadak mentadu (praying mantis). Lampu tersebut memang kelihatan agresif serta unik.

Jangan lupa untuk layari laman web kami kerana kami akan menguji kedua-dua motosikal ini tidak lama lagi!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah