Marc Coma | Sumber gambar: KTM Blog

Setelah beberapa tahun dalam perlumbaan motosikal, bekas pelumba terkenal Marc Coma bercadang untuk menerima tawaran KTm sebagai Pengurus Besar bagi KTM Sepanyol. Juara lima kali Dakar Rally dan juara enam kali Cross Countries Rally Championship, Marc Coma akan memberi tumpuan sepenuhnya pada cabaran seterusnya.

Dikaitkan dengan KTM sejak awal kerjayanya, Marc Coma memutuskan untuk bersara dari aksi perlumbaan dan mengambil peranan untuk mereka bentuk edisi 2018 Dakar Rally. Kemahirannya dipuji oleh para pelumba dan pasukan, dan apabila semua orang berfikir Coma akan meneruskan perkembangan Dakar Rally pada masa akan datang, tetapi mengumumkan dia akan keluar dari ASO, organisasi Dakar.

Kebanyakan orang mengagak bahawa Marc Coma memilih untuk keluar selepas beberapa konflik dengan pengarah ASO, dan dia akan membantu mereka satu acara saingan ke Dakar, tetapi kini di Afrika, banyak peminat acara off-road paling sukar di dunia telah pun meminta rekaan tersebut dalam beberapa tahun ini.

Marc Coma | Sumber gambar: Red Bull

Related Post

Tetapi hakikatnya Marc Coma telah mengambil kedudukannya di KTM Sepanyol.

Dalam bab baru kehidupan Marc Coma, bekas pemenang Dakar itu berharap untuk memberikan pengetahuannya dalam aktiviti sukan bermotor di KTM.

“Saya amat bangga untuk meneruskan kerja bersama KTM. I juga amat gembira untuk mengetuai projek di depan saya ini dan dengan jenama yang telah bersama saya semua tahun ini. Selepas kedudukan saya sebagai Direktor Kesukanan Dakar saya sangat bermotivasi dan merasakan keperluan untuk memberi semua pengetahuan saya mengenai dunia motorsport kepada jenama ini “.

Dengan pengumuman ini, tamatlah spekulasi mengenai penciptaan acara off-road baru yang bertujuan untuk bersaing dengan Dakar Rally.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan