SELEPAS BEBERAPA TAHUN TANPA SEBARANG KEMAS KINI PADA HAYABUSA, SUZUKI MENGESAH GEN BARU AKAN TIBA PADA 2021.

Kami telah cakap banyak tentang ketibaan Hayabusa baru bahawa apa yang kami tulis sekarang tentang jentera tersebut adalah satu lagi khabar angin. Kali ini pula, kami mendapat maklumat baru mengenai ketibaan Hayabusa.

Menurut laman web British, Bennetts, Suzuki mengesahkan bahawa gen baru Hayabusa akan tiba pada 2021!

Motosikal ikonik ini membenarkan para penunggang untuk bergerak pantas dengan keselesaan. Erti namanya dalam bahasa Jepun adalah Peregrine Falcon, burung terpantas di dunia. Seperti burung tersebut, Suzuki Hayabusa mampu mencapai kelajuan lebih daripada 300 km/j.

Namun oleh sebab emisi Eropah seperti Euro4, Suzuki menghenti pengeluaran Hayabusa satu tahun lalu. Tetapi pengeluar Jepun masih menjual motosikal hypersport ini di Amerika dan pasaran lain.

Menurut sumber Bennett, Suzuki akan mendedah versi pengeluaran Hayabusa baru pada EICMA Milan Motorcycle Show 2020.

Sebelum itu mereka akan menguji motosikal ini atas jalan untuk memastikan ia mencapai jangkaan.

Related Post

Enjin akan kekal pada seni bina empat silinder selari. Untuk patuh Euro5 Suzuki akan tingkatkan anjakan kepada 1400 cc. Anjakan untuk Hayabusa baru mungkin ialah 1440 cc.

Sistem ekzos baru akan digunakan dan mempunyai penapis karbon aktif untuk mengurangkan emisi. Ini akan membolehkan enjin untuk menjana sekurang-kurangnya 200 hp. Tetapi maklumat terkini menunjuk nilai 210 hp.

Terdapat khabar angin yang mengatakan Suzuki mengguna sejenis turbo atau pemampat. Tetapi setakat ini, Hayabusa tidak akan mengguna enjin supercaj seperti kawasaki H2.

Jika enjin mengekalkan kebanyakan komponennya, perkara yang sama tidak boleh dikatakan mengenai rangka tersebut. Suzuki mahu mengurangkan berat Hayabusa. Untuk tujuan itu, mereka telah mengubah rekabentuk frame rail. Ini akan membolehkan Hayabusa untuk mempunyai pengendalian yang lebih baik.

Dengan elektronik yang lebih baik dan rekabentuk yang lebih aerodinamik, Hayabusa baru adalah satu lagi langkah dalam strategi Suzuki untuk memulihkan model ikonik. Yang pertama ialah Katana, dan pada tahun ini mereka telah mencipta V-Strom 1050 baru yang mendapat inspirasi daripada DR Big.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah