DUCATI CEO CLAUDIO DOMENICALI KATA PENGELUAR ITALI AKAN MENDEDAH STREETFIGHTER V2 TIDAK LAMA LAGI.

Claudio Domenicali, CEO Ducati telah menunjuk bila beliau mempunyai idea, beliau akan memastikan idea tersebut menjadi satu realiti. Kami sudah lihat ia berlaku dengan Streetfighter V4. Para peminat dan wartawan telah tanya Domenicali tentang Panigale V4 naked.

Beliau menjawab “jika itulah yang anda mahu, maka Ducati akan membinanya!”.

Beberapa bulan selepas jawapan tersebut, kami lihat prototaip Streetfighter V4 diuji di Pikes Peak. Kemudian, pengeluar Itali membentang versi pengeluaran motosikal naked semasa EICMA Milan Motorcycle Show.

Kini, hanya sebulan selepas Streetfighter V4 dipamerkan, Claudio menghadiri satu temuduga dengan majalah British, MotorcycleNews. Dan sekali lagi, CEO Ducati tidak memutar belit jawapannya!

Informasi terbesar yang didedah oleh Claudio Domenicali ialah Ducati Streetfighter V2 akan datang.

Related Post

Domenicali kata beliau amat puas dengan kerja yang dibuat pada Panigale V2 yang akan mengganti 959 lama. Motosikal ini mengekal ciri-ciri sporty Panigale V4 tetapi tidak begitu agresif oleh sebab enjin V2 155 hp.

Strategi mereka adalah untuk mengguna platform Panigale V2 untuk mereka Streetfighter V2 baru. Tanpa fairing dan hendal tinggi, kami jangka model baru serupa seperti Streetfighter V4.

Pakej aero pada varian V4 tidak akan diguna pada Streetfighter V2. Tetapi memandangkan Ducati gemar mengguna sayap pada motosikal mereka, Streetfighter V2 akan mendapat sayap aerodinamik.

Dengan reka bentuk seperti Streetfighter V4 dan enjin Panigale V2, Ducati Streetfighter V2 akan menjadi motosikal sport naked terbaik yang bakal ditawar jelang 2021.

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan