Pelumba negara, Adam Norrodin sah akan beraksi dalam saingan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) musim depan.

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Sejurus, tamat musim 2023 pasukan PETRONAS MIE Racing Honda Team mengumumkan barisan pelumbanya dalam kelas WorldSBK tahun depan.

Adam Norrodin sebelum ini beraksi dalam kelas WorldSSP diangkat ke kelas WorldSBK bersama-sama rakan sepasukan, Tarran Mackenzie dari United Kingdom.

Adam akui peralihan ini satu cabaran besar buat dirinya apatah lagi sedang menjalani proses pemulihan akibat kecederaan awal tahun.

Manakala, pelumba-pelumba lain bertungkus-lumus menguji jentera mereka untuk musim depan seperti Johnathan Rea yang kini bersama pasukan Yamaha.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Mie Racing team dan Honda kerana ini adalah satu langkah besar buat saya dan ini merupakan pencapaian tertinggi saya dalam championship permotoran”

Related Post

“WSBK merupakan cabaran paling besar bagi saya kerana terdapat banyak perbezaan antara motor 600cc dan 1000cc,

Selain itu, saingan daripada pelumba-pelumba negara lain yang merupakan bekas pelumba MotoGP yang pernak menaiki podium di pentas berprestij itu”

Selain itu, apabila ditanya oleh iMotorbike mengenai peluang untuk kembali ke MotoGP selepas dinaik pangkat ke WSBK,

Adam berkongsi bahawa ” Of course impian saya adalah ke MotoGP, saya rasa itu impian semua rider tetapi saya hanya mampu berdoa dan berusaha dan kalau diberi peluang itu saya takkan tolak”

Muiz Aziz

Share
Published by
Muiz Aziz