Categories: Berita

KTM 250 Adventure dilihat sedang diuji!

KTM SEDANG MENGUSAHAKAN KTM 250 ADVENTURE YANG LEBIH KECIL DAN BERPATUTAN! INI ADALAH SPESIFIKASI, HARGA DAN MAKLUMAT PELANCARAN!

KTM 390 Adventure membuat penampilan pertama tahun lepas semasa EICMA 2019 di Milan. Walaupun KTM mengambil masa untuk memperkenalkan motosikal ini, ketibaannya adalah berita baik untuk ramai. Motosikal adventure kecil 373cc dari jenama Austria akan tersedia dalam beberapa pasaran. Namun terdapat beberapa laporan yang mendakwa KTM sedang mengusahakan motosikal adventure lebih kecil!

Beberapa gambar intip terkini mendakwa KTM sedang mengusahakan versi lebih kecil 250cc dari KTM 390 Adventure aka KTM 250 Adventure. Sebabnya? Kerana motosikal adventure kecil semakin popular di seluruh dunia, terutamanya rantau Asia.

SPESIFIKASI KTM 250 ADVENTURE

Walaupun spesifikasi dan perincian motosikal ini terhad buat masa ini, kami berjaya mengambil beberapa perkara dari gambar-gambar intip. Sama seperti bagaimana KTM 390 Adventure mengguna powerplant yang sama dengan 390 Duke, jelas 250 Adventure akan berkongsi enjin silinder tunggal 248.8cc sejukkan cecair dari Duke 250. Ini bermakna KTM 250 Adventure akan menjana sekitar 30 hp dan tork puncak 24 Nm.

Selain itu, laporan mencadangkan mesin 248.8cc KTM 250 Adventure akan dipadankan dengan kotak gear sequential 6-kelajuan (denganbi-directional quick shifter) seperti 390 Adventure. Di samping itu, nampaknya KTM 250 Adventure akan menggunakan kluster instrumen TFT yang sama, ABS dua saluran, komponen suspensi dan brek seperti abang besar, KTM 390 Adventure. Walaupun 250 Adventure seiras dengan Adventure 390, satu perbezaan yang dapat kita lihat ialah 250 Adventure menampilkan lampu depan halogen, bukan seperti cluster lampu depan LED pada 390.

Related Post

Untuk memastikan ini lebih mudah difahami, KTM 390 dan 250 Adventure kemungkinan besar akan digambarkan seperti Duke 390 dan 250.

HARGA KTM 250 ADVENTURE

Untuk harga, jika dilihat dari tanda harga yang ditawarkan oleh KTM untuk KTM 390 Adventure, kami yakin 250 Adventure akan dijual dengan harga hampir dengan Duke 250. Maknanya, KTM 250 akan menelan belanja sekitar MYR22,000 – MYR 25,000 untuk Malaysia sekiranya ia sampai ke sini. Sekiranya ia dilancarkan, kami yakin KTM akan melancarkan 250 Adventure jelang 2020 untuk pasaran lain, namun kerana 390 Adventure belum lagi tersedia di Malaysia, ia agak mustahil untuk memberi komen mengenai ketibaan jentera ini di Malaysia.

Sumber: Zigwheels

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah