Michael Fabrizio | Sumber gambar: Road Racing World

BMW Motorrad telah memberi satu prestasi yang mengagumkan pada musim Italian Superbike Champion (CIV) 2019 di Misano pada hujung minggu yang lalu dengan BMW S 1000 RR.

Pada perlumbaan pertama, Roberto Tamburini dari Cherry Box 24 Guanalini Racing telah berjaya merampas kedudukan podium. Rakan senegara Matteo Baiocco dari DMR Racing mencapai kedudukan kelima. Rakan sepasukan Luca Vitali pula mendapat kedudukan keenam. Andrea Mantovani dari Berclaz Racing Italia mencapai kedudukan kelapan bagi melengkapkan sepuluh teratas. Dalam perlumbaan kedua, Biaocco mencapai kedudukan keluma dan Tamburini mendapat kedudukan keenam dengan Mantovani mencapai kedudukan kelapan.

BMW S 1000 RR mendapat satu lagi kemenangan podium di Italian National Trophy 1000 (IT 1000) 2019. Ini adalah kerana, Michel Fabrizio dari Italia berjaya mendapat tempat ketiga. Luca Salvadori dari Berclaz Racing Italia dan Francesco Coco berada di belakang di tempat keempat dan kelima.

Related Post

Markus Reiterberger dari Jerman adalah wajah baru kempen pencegahan kemalangan. Berlumba untuk BMW Motorrad WorldSBK di World Championship, pelumba tersebut telah meluahkan pendapatnya mengenai perjanjian baru itu.

Markus Reiterberger | Sumber gambar: BMW Group Pressclub

“Saya sangat gembira dapat membantu pasukan polis South Hesse sebagai wajah baru kempen pencegahan kemalangan tahun ini, dan dengan itu mainkan peranan penting dalam menyebarkan mesej ‘Ia berada di tangan anda sendiri’. Pelumba motosikal setiap tahun mati di jalan-jalan Jerman akibat kelajuan yang berlebihan, kehilangan kawalan dan kecuaian. Itu tidak sepatutnya berlaku jika anda ingat bahawa para pelumba berada di litar lumba dan bukan di jalan raya! Mesej ini sangat penting, dan saya mahu menolong mereka,” kata Reiterberger menurut BMW Motorrad.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan