NINEBOT LANCAR MOPED ELEKTRIK/ SKUTER ELEKTRIK DENGAN TANDA HARGA BERPATUTAN UNTUK BERSAING DENGAN SEKTOR MOBILITI URBAN.

Beberapa bulan lalu, syarikat induk Ninebot, Segway melancar barisan skuter elektrik / motosikal elektrik C-series. Pengumuman terkini dari syarikat milik Xiaomi, Ninebot, adalah tambahan moped elektrik baru kepada barisan mereka, Ninebot C30. Beberapa bulan sebelum, Ninebot telah lancar abang-abang besar C30, iaitu C40, C60 dan C80. Walaupun moped C-series adalah murah, C30 membawa makna baru kepada terma kemampuan. Dengan tanda harga 3,599 Yuan atau US$514, C30 mungkin adalah salah satu skuter elektrik yang anda boleh beli dengan simpanan peribadi anda.

C-SERIES

Walaupun semua model dari C-series (C30-C80) kelihatan serupa dan mempunyai kelajuan tertinggi 25 km/jam, perbezaan sebenar antara model adalah pada namanya. Di bawah penutupnya, C40 dilengkapi dengan pek bateri Li-ion 15 Ah dan memiliki jarak gerak 40 kilometer, C60, sebaliknya, dilengkapi dengan bateri 20 Ah dan memiliki jarak gerak 60 kilometer. Untuk C80 ia mempunyai jarak gerak 80 kilometer dan bateri 24 Ah.

Selain itu, berat model berada sekitar 50kg bergantung pada saiz bateri. Dengan itu,, moped termurah dalam barisan (C30) akan memiliki jarak gerak sejauh 30 kilometer. Mengenai kapasiti dan berat bateri, belum ada angka rasmi, namun, ia pasti akan memuatkan bateri lebih rendah dari 15Ah dan berat hampir dengan C40.

Related Post

Mengenai brek, cakera mono jenis floating di depan dan brek drum di bahagian belakang menguruskan pergereman. Tugas suspesi dijaga dengan fork teleskopik di depan dan penyerap hentak mono di belakang. Selain itu, siri C30 dan C, secara umum; dilengkapi dengan BMS (sistem pengurusan bateri), kunci NFC, kedudukan pintar, penggera pintar dan speed cruise tetap sebagai standard.

Buat masa ini, Ninebot C30 hanya dijual di China; namun, seperti kami tahu tentang Xiaomi, kami berpendapat Ninebot C30 pasti akan berjaya di luar China. Selain itu, adik-beradik C30 yang lebih besar sudah tersedia di beberapa negara, jadi hanya menunggu masa untuk C30 memasuki pasaran di luar China.

Sumber: Segway

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan