PATEN BOCOR TERBARU HARLEY-DAVIDSON 338R MENUNJUK KETIBAAN “BABY HARLEY” DENGAN TERPERINCI SEBELUM PELANCARANNYA.

Harley-Davidson 338R

Ini adalah satu lagi berita baik mengenai Harley-Davidson 338R aka “Baby Harley”. Sebulan lalu, Harley-Davidson 338cc dalam bentuk siap produksi dilihat di China, manakala “spy-shot” motosikal tidak begitu jelas kerana ia hanya menunjuk satu sisi motosikal. Kali ini pula, reka bentuk terkini memberi kami pratonton motosikal yang lebih terperinci sebelum pelancaran rasmi.

Jika anda terlepas, berita Baby Harley keluar apabila ketika Harley-Davidson bekerjasama dengan Qianjiang/QJ Motor China(Syarikat Induk Benelli) tahun lepas. Tujuan perkongsian ini adalah untuk mereka dan membangun barisan model Harley-Davidson lebih kecil bagi pasaran Asia.

Berikutan itu, projek “HD 350” dilihat pada rancangan produksi Benelli yang bermaksud Benelli mengurus pebangunan motosikal ini. Beberapa bulan kemudian, walaupun namanya berubah dari HD 350 ke HD 338R, spy shot awal bulan lalu mengesahkan Baby Harley sebenarnya sedang dalam perjalanan.

KEBOCORAN DAN SPEKULASI MENGENAI SPESIFIKASI

Related Post

Sekarang mari kita masuk ke kebocoran terbaru, membandingkan spy shot motosikal dalam logam dengan reka bentuk terperinci, kedua-dua motosikal itu sama yang mengesahkan 99% dari apa yang kita lihat sekarang adalah apa yang Harley rancangkan untuk dilancarkan. Melihat reka bentuk, Harley Davidson 338R kelihatan sangat mirip dengan Benelli’s 302s dan QJ Motor’s QJ350.

QJ350
Benelli 302S
Harley-Davidson 338R

Walaubagaimanapun, HD 338R mempunyai reka bentuk khusus Harley, di mana motosikal kelihatan serupa dengan Harley Tough Guy. Melihat motosikal secara terperinci, rangka, swingarm belakang, suspensi dan brek serupa dengan apa yang ada pada 302-an. Namun enjinnya adalah sesuatu yang baru dan khas untuk 338R.

Menurut laporan dari China, crankshaft dan piston telah dibawa ke hadapan dari Benelli 502 dua silinder yang lebih besar. Oleh kerana itu, enjin 338 baru akan datang dengan bore 69mm dan stroke 45.2mm.

PELANCARAN

Oleh sebab Harley Davidson 338R yang siap untuk produksi baru-baru ini dilihat, kami fikir pelancarannya sudah hampir tiba. Kami yakin Harley akan mendedahkan 338R sekurang-kurangnya pada akhir tahun ini.

Apakah pendapat anda? Beritahu kami di ruang komen di bawah!

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan