Categories: Sukan Motor

MotoGP – Pedrosa mengalami permulaan yang kurang memuaskan sebagai pelumba uji KTM

Dani Pedrosa

Adakah anda masih ingat artikel yang kami terbitkan beberapa hari yang lalu, tentang berapa banyak jahitan Dani Pedrosa ada pada tubuhnya? Ia memang jelas bahawa badan penunggang Sepanyol ini memang sangat terjejas oleh kemalangan yang dialaminya sepanjang tahun berlumba dalam MotoGP, dan masalah-masalah tersebut masih memberi kesan kepada kehidupan Dani Pedrosa sebagai pelumba uji KTM.

KTM Racing telah mengeluarkan satu kenyataan media di mana pasukan Austrian telah mendedahkan bahawa mereka tidak akan dapat input sepenuhnya dari Pedrosa mengenai pembangunan prototaip RC16 MotoGP mereka untuk kebanyakan musim depan. Sebabnya: tulang rusuk patah.

Selepas menguji KTM RC16 pada bulan Disember semasa satu sesi uji sulit di Jerez, Dani Pedrosa dijangka akan mengambil bahagian dalam sesi uji rasmi pra-musim, yang bermula pada bulan Februari di Sepang, Malaysia. Namun demikian, bekas pelumba Sepanyol semasa menikmati percutian musim sejuk yang sangat diperlukan, mengalami tulang rusuk yang patah akibat keputusannya sebagai “isyarat kekuatan”.

Oleh itu, kecederaan ini bukan disebabkan oleh kemalangan semasa menunggang motosikal, ataupun akibat hentaman kuat. Sebaliknya, dan dari apa yang kami ambil dari kata-kata Dani Pedrosa,  dia hanya memecahkan tulangnya ketika melakukan pergerakan yang kuat dengan tangannya.

Related Post

Walaupun Dani Pedrosa telah mengalami banyak kecederaan sebelum ini, yang paling teruk adalah pada belakangnya dan tulang rusuk. Khususnya, tulang rusuk kanan.

Akibat kemalangan yang banyak semasa kerjayanya sebagai pelumba di MotoGP, Dani Pedrosa telah memecahkan tulang rusuk kanan dua kali, yang mempunyai plat besi pada tulang untuk membantu mereka sembuh dengan baik. Tetapi tulang itu semakin lemah akibat kemalangan yang konsisten, bermakna pertumbuhan tulang lebih perlahan daripada yang sepatutnya. Pedrosa perlu mendapat rawatan sel induk ke tulangnya untuk mengatasi osteoporosis dan kekurangan aliran darah ke tulang.  Pemulihan untuk rawatan ini memerlukan lebih lama banyak masa.

Dia akan menjalani pembedahan untuk membaiki tulang rusuk yang patah, dan tidak akan mengambil bahagian untuk sebahagian besar musim, supaya tulang boleh pulih secara biasa.  Ia diharapkan Dani Pedrosa hanya akan menyertai program pembangunan KTM pada hujung musim ini, tetapi maklumat tersebut masih belum disahkan.

Ini pastinya bukan permulaan terbaik untuk kerjaya Dani Pedrosa sebagai penguji KTM.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan