DUCATI AKAN TUTUP UNTUK SEMINGGU UNTUK MENYUSUN SEMULA BARISAN PENGELUARANNYA.

Ducati Panigale V2 | Sumber gambar: Ducati

Dengan pandemik Covid-19, pengeluar motosikal Itali, Ducati telah melanjutkan penutupan operasi kilang dan pengeluarannya hingga 25 Mac 2020. Ini adalah untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan pada barisan pengeluaran yang  ditunjukkan oleh protokol baru. Namun, firma ini menjamin perkhidmatan sokongan kepada semua pelangannya, terutamanya pembekalan alat ganti.

Sejak 24 Februari 2020, Itali telah mengalami kecemasan kesihatan. Oleh itu, Ducati telah mengambil beberapa langkah untuk mengehadkan kemungkinan virus ini menyebar di kilang Borgo Panigale. Antara langkah-langkah yang telah diambil adalah, pengukuran suhu semua yang masuk kilang, mengehad perjalanan, mesyuarat dengan kurang peserta dan jarak di antara mereka, kantin dengan tatacara khas dan semakan peralihan untuk mengurangkan hubungan rapat antara orang.

Related Post

LANJUNTAN INI AKAN MENINGKATKAN LAGI TAHAP KESELAMATAN PARA PEKERJA. IA JUGA AKAN MEMPERKENALKAN PROGRAM KERJA MULTI-SHIFT. INI AKAN MENGURANGKAN BILANGAN ORANG DI KILANG PADA MASA YANG SAMA.

Penangguhan pembukaan adalah untuk memastikan pematuhan penuh dengan garis panduan baru. Dengan teknologi smart-working, semua aktiviti mengenai pembangunan produk baru serta sokongan pasaran berterusan.

Claudio Domenicali, CEO Ducati Motor Holding telah memberi sepatah dua kata. “Saya bangga dengan cara pekerja Ducati sedang mengendali situasi mencabar ini di negara kita.”

“Terima kasih kepada semua yang dalam situasi sukar ini mengesahkan nilai kerja yang besar dari tenaga kerja yang bersatu padu tetapi juga sensitif dan penuh perhatian. Untuk keselamatan mereka, langkah-langkah dan pilihan seperti yang kita buat adalah penting. Namun, semua perkhidmatan sokongan bagi pelanggan kami mempunyai jaminan kami terutamanya untuk pembekalan alat ganti. Kami ingin memberi jaminan kepada Ducatisti dan pengedar sedunia kami. Kami sedang bersiap sedia untuk permulaan semula. Walaupun dalam situasi sebegini, kami tidak akan gagal untuk memberi anda sokongan sepenuhnya.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan