Categories: Sukan Motor

MotoGP – Pirro mendakwa bahawa Stoner bukan pembangun motosikal untuk Ducati.

Hanya beberapa minggu sahaja sejak perkongsian antara Ducati dan Casey Stoner akan berakhir pada hujung tahun. Dengan ketiadaan penunggang Aussie, bekas juara MotoGP ini dari pasukan Ducati MotoGP, pelumba lain mendapat peranan yang lebih penting sebagai pelumba pembangunan.

Michele Pirro, juara Italian Superbike, terlibat dalam tiga perlumbaan musim ini untuk Ducati sebagai wildcard dan setiap peluang beliau dapat menunggang Desmosedici GP18, beliau memberi prestasi yang boleh dikagumi. Manakala kebanyakan peminat sering bercakap tentang ketiadaan Stoner untuk masa depan Ducati dan Pirro berasa bahawa ini adalah masa yang sesuai untuk bercakap tentang kepentingan Stoner bagi pasukannya.

Related Post

Menurut Pirro, “Dia (Stoner) hanya muncul untuk melakukan beberapa pusingan sahaja, dia melakukan 40 pusingan di Sepang, jadi ia agak sukar untuk mengatakan apa yang dilakukan untuk pasukannya. Kerja pembangunan sebenarnya dilakukan oleh orang lain”.

Kenyataan tersebut mencadangkan Casey Stoner tidak banyak membantu pembangunan motosikal MotoGP musim ini walaupun peminat sering percaya bahawa Stoner yang bertanggungjawab untuk mengubah prototaip Itali tersebut sehingga ia agak kompetitif pada 2018.

Adakah Ducati akan ketinggalan tanpa bantuan daripada Casey Stoner? Beritahu pendapat anda diruanga komen dibawah.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah