Categories: Berita

Moto Morini bakal masuk pasaran Malaysia melalui MForce

MOTO MORINI X-CAPE 650 AKAN MASUK PASARAN TEMPATAN JELANG SUKU KEDUA 2022.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

MForce Bike Holdings telah mengesahkan bahawa ia akan menjadi pengedar eksklusif rasmi bagi jenama Moto Morini di Malaysia. 

Jika anda tidak tahu, Moto Morini adalah jenama motosikal Itali yang dibangun oleh Alfonso Morini di Bologna pada 1937. 

Kini terdapat beberapa motosikal berkuasa tinggi bawah jenama Moto Morini. Antaranya, Corsaro ZT, Corsaro ZZ, Milano dan Super Scrambler, semua dikuasakan oleh enjin V-Kembar 1,200cc. 

Related Post

Manakala, model yang mendapat perhatian ramai adalah X-Cape 650. Model ini dilihat buat kali pertama di EICMA November lepas. 

Moto Morini X-Cape

Berdasarkan kenyataan MForce, X-Cape 650 akan masuk pasaran tempatan sekitar suku kedua 2022. Ini secara tidak langsung akan menangkap perhatian ramai peminat ADV di Malaysia. 

Ketinggian tempat duduk jentera ini ialah 845mm untuk memberi keselesaan semasa menunggang di jalan dan off-road. Ia menampilkan tangki 18L dan skrin paparan TFT 7 inci. 

Pemilihan MForce sebagai rakan pengedar Moto Morini di Malaysia akan mengukuhkan kedudukannya sebagai pengedar terkemuka di Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Operasi (COO) MForce, Asri Ahmad, MForce telah pun mencatatkan peningkatan jualan melebihi 25 peratus untuk 2021 berbanding 2020.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah