Categories: Berita

Harga rasmi Aprilia RS250 SP diumumkan – RM 45,800

APRILIA MENDEDAH JENTERA LUMBA APRILIA RS250 SP DI EICMA 2019. RS250SP, DIREKA KHAS UNTUK PELUMBA MUDA KINI MEMPUNYAI TANDA HARGA!

Jentera lumba Aprilia RS250 SP dibangunkan dengan Ohlave khusus untuk penunggang muda merancang untuk memasuki Moto3 atau kejuaraan lain. Jentera lumba ini sepatutnya menyertai Italian FMI Aprilia Sport Production Championship pada 2020. Dengan wabak COVID-19, perlumbaan ini yang memberi tumpuan kepada pelumba muda tetap menjadi persoalan.

SEMASA PELANCARAN MOTOSIKAL , MASSIMO RIVOLA, CEO APRILIA RACING KATA

“Kejuaraan baru ini mengambil tradisi yang menjadikan Aprilia unik; jenama yang telah membawa generasi muda ke landasan dan yang telah membesarkan juara-juara hebat,”

“Dari 2020, berkat kepada perkongsian dengan Persekutuan, kami sekali lagi akan menawar keseronokan bagi para pemuda dalam kejuaraan ini yang akan mencari jalan untuk merealisasikan impian mereka. Dan ini mungkin adalah harapan kami untuk mula perjalanan dalam dunia motosikal kompetitif.”

“Ini adalah sebab kami telah mereka motosikal dan formula yang mudah yang akan menarik jumlah anak muda yang tinggi untuk sukan ini.”

Related Post

Walaupun motosikal ini mengambil ciri-ciri reka bentuk dari Ohvale, Aprilia RS250 SP datang dengan enjin empat lejang Aprilia. Aprilia baru-baru ini mengumumkan harga RS250 SP, €9,700| RM 45,700 (tanpa cukai).

Ia bukan murah tetapi memandangkan ia datang dengan komponen premium perlumbaan seperti brek kaliper Brembo, suspensi Ohlins dan ekzos SC-Project dan roda Marchesini dengan tayar Pirelli menjadikan jentera ini salah satu “motosikal lumba” paling murah bagi pelumba muda yang bersaing dalam kejuaraan ini. Adakah anda tahu motosikal trek ini hanya mempunyai berat 105kg dan menjana 28bhp.

Tidak dapat dipastikan sama ada jentera trek ini akan masuk pasaran kita bagi anak muda. Namun, kami mungkin dapat lihat Aprilia membawa versi motosikal yang sesuai untuk jalan dalam masa terdekat.

Sumber: Visordown

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah