Categories: Sukan Motor

SBK – Jordi Torres kembali dan menyertai Pedercini Kawasaki.

Setelah mencapai pusingan terakhir MotoGP musim lepas, Jordi Torres akan kembali ke kejuaraan Superbike pada 2019 selepas Pedercini Kawasaki mengesahkan mereka telah menandatangani pelumba Sepanyol ini yang sebelum ini berlumba untuk Mv Agusta.

Meliputi untuk Tito Rabat dengan Reale Avintia Ducati, Torres mendapat mata yang penting di MotoGP ketika perlumbaan terakhir di Valencia, dan prestasi Torres disanjung oleh juruteknik pasukan oleh kerana keupayaannya untuk menyesuaika diri dengan prototaip MotoGP.

Related Post

Kini, Torres akan berhadapan dengan cabaran baru dan menarik pada 2019. Pelumba Sepanyol ini sudah bersedia untuk kembali kepada kejuaraan ini: “ saya amat gembira untuk menjumpai pasukan bersejarah WorldSBK yang berlumba dengan motosikal yang menang. Kawasaki merupakan motosikal yang amat sesuai untuk kejuaraan WorldSBK dan saya tidak boleh menunggu untuk mencubanya untuk memberikan segala-galanya yang boleh dengan motosikal ini di trek. Terima kasih kepada Lucio Pedercini kerana memberi saya peluang ini. Saya mempercayai pasukan dan saya faham pasukan ini mempunyai keupayaan untuk menyediakan saya dengan apa saja bagi menunjukkan potensi saya. Ini adalah satu titik kebanggaan bagi saya untuk menjadi sebahagian daripada Team Pedercini dan saya mempunyai keinginan yang besar untuk bermula kerja”.

Pasukan Pedercini Kawasaki akan menghadiri Verona Motorbike Expo di Itali, dimana mereka bukan sahaja akan mendedahkan skim baru mereka untuk Kawasaki tetapi mereka juga akan mengambil peluang untuk membentangkan Jordi Torres kepada para peminat.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan