Categories: Konsep & Kustom

Ulang tahun ke-55 Alpinestars – meraikan keunikan jenama Itali

Semasa pusingan American MotoGP di Texas, motosikal itali jenama Alpinestars telah mendedahkan projek terbaru mereka.  Motosikal kustom ini khas untuk menyambut ulang tahun Alpinestars ke-55.

Motosikal ini direka oleh Michael Woolaway, pemilik Woolies Workshop di Venice dan California. Beliau juga merupakan pengarah grafik untuk Deus Ex Machina di California.

Motosikal ini merupakan gabungan yang unik antara yang klasik dan moden dengan menggunakan enjin daripada Ducati 750 Sport 1974 .Enjin ini dipasang pada casis yang dilengkapi dengan peralatan kontemporari seperti roda, fork dan brek yang moden. Ia mempunyai ciri istimewa untuk mengingati sejarah jenama itali dalam perlumbaan motor yang dikaitkan kepada pelumba terkenal seperti Mick Doohan – sebuah thumb rear break lever dan Nicky Hayden dengan kerusi yang serupa kepada motosikal Ducati yang beliau mengguna semasa berlumba di MotoGP.

Related Post

Penyumbang kepada projek ini juga terkenal antara peminat perlumbaan motor: Akrapovic telah mereka ekzos khas dengan teknologi MotoGP, Michelin meyumbang tayar lumba, Brembo membekalkan brek manakala Rizoma pula memberi aksesori terkini.

Titik permulaan pembinaan motosikal ini ialah dengan enjin Ducati 750 sport dari Michael Woolaway. Ducati ini mempunyai enjin silinder kembar yang masih dalam keadaan baru serta ditala kepada peratuan perlumbaan pada masa itu.

Enjin tersebut merupakan suatu bahagian yang istimewa sempena ulang tahun ke-55 Alpinestars dan memerlukan casis khas untuk melengkapi semua komponent dalam motosikal kustom ini. Untuk mendapat casis yang sempurna ini, Woolaway menghubungi Jeff Cole pakar pemfabrikatan dari C&J Racing Frames yang membina rangka tiub menurut kustom specs.

Keputusan terakhir, sebuah motosikal istimewa dan terunggul yang merangkumi semua aspek perlumbaan Itali serta sejarah Alpinestars.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah