Categories: Berita

Ducati XDiavel mendapat warna baru untuk 2019

Acara motosikal INTERMOT Cologne ditetapkan akan bermula minggu depan tetapi terdapat beberapa jenama motosikal yang tidak tersabar untuk menampilkan hasilan mereka bagi 2019 terutamanya Ducati. Mereka pun telah mendedahkan motosikal baru mereka : XDiavel.

Walaupun XDiavel bukan sebuah motosikal baru Ducati dari segi mekanikal tetapi dengan warna barunya Matte Liquid Concrete Grey , motosikal ini boleh dilihat sebagai motosikal yang agak baru.

Related Post

Warna kelabu yang diguna amat sempurna dengan chasis dan enjin yang berwarna “total black”. Kerusi barunya yang berwarna coklat pekat menyempurnakan gaya canggih serta sporty XDiavel ini.

XDiavel 2019 yang baru dengan versi S akan dipamerkan semasa INTERMOT. Model-model Ducati lain yang baru akan ditampilkan di acara Jerman serta acara EICMA di Milan.

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah