PETRON, PAYNET DAN TOURISM MALAYSIA LANCAR “FUEL PENUH GAYA – MYDEBIT JE DENGAN KAD ATM ANDA”.

PayNet bersama Petron dan Tourism Malaysia melancar kempen: “Fuel Penuh Gaya MyDebit Je with your ATM Card!” Tujuan kempen ini adalah untuk memberi ganjaran kepada pengguna yang mengguna kad ATM MyDebit untuk membeli minyak di stesen petrol Petron seluruh negara.

Petron adalah penyedia bahan bakar pertama di Malaysia yang membenarkan pengguna kad ATM MyDebit untuk membuat bayaran di pam petrol tanpa pre-authorisation hold RM200. Tujuan kempen ini juga adalah untuk mempromosi pelancongan domestik sambil negara ini pulih dari wabak COVID-19.

Pelancaran kempen “Fuel Penuh Gaya” telah berlangsung di Petron NKVE dan telah dirasmikan oleh Menteri Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN), Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri disaksikan oleh Datuk Musa bin Yusof, Pengarah Urusan Tourism Malaysia, Mr Peter Schiesser, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Paynet dan Puan Faridah Ali, Pengurus Besar Petron Malaysia.

Related Post

MAKLUMAT TENTANG KEMPEN FUEL PENUH GAYA

Petron Fuel Penuh Gaya

Kempen ini terbuka untuk mana-mana pemegang kad ATM MyDebit yang dikeluarkan oleh bank Malaysia yang membuat pembayaran sebanyak RM5 atau lebih untuk bahan bakar dalam satu resit di mana-mana pam petrol Petron. Kempen ini akan berlangsung dari 1 Oktober hingga 31 Oktober 2020 dan terdapat 169 hadiah untuk dimenangi! Ini merangkumi Kawasaki Z250 ABS, Modenas Pulsar NS200 ABS, GoPro Hero8 Black, Petron Miles Points bernilai RM500 setiap satu dan bekalan 1 tahun Petron Rider 4T Synthetic Blend.

Selain itu, terdapat juga 36 voucher penginapan hotel di Lexis Hotels & Resorts, Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi, Gloria Residences Ion Delemen Genting Highland, Federal International Group dan Iconic Hotel Penang, dari Tourism Malaysia. Tunggu apa lagi? Pergi pam di Petron dengan menggunakan kad MyDebit anda dan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik ini!

MR PETER SCHIESSER, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN PAYNET KATA:

“Kami sangat gembira dengan kerjasama berterusan kami dengan Petron Malaysia untuk mendorong pembayaran tanpa tunai dan yang lebih penting lagi bahawa kolaborasi ini telah menghasilkan kemudahan yang lebih besar kepada pengguna dengan penghapusan pre-authorisation hold RM200. Kami berbesar hati mendapat sokongan padu daripada Yang Berhormat Menteri dan Tourism Malaysia dalam usaha kami untuk mendorong rakyat menggunakan pembayaran tanpa tunai untuk perbelanjaan seharian mereka. Melalui kempen seperti ini, kami bertujuan untuk meningkatkan penggunaan kad ATM MyDebit untuk pembelian dan pembayaran termasuk ketika pergi Cuti-Cuti Malaysia.”

FARIDAH ALI, PENGURUS BESAR PETRON MALAYSIA KATA:

“Kami dengan senang hati melancarkan satu lagi kempen menarik dengan PayNet, kali ini bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk membantu mempromosikan pelancongan domestik melalui kad ATM MyDebit. Kaedah pembayaran di stesen kami terbukti lebih cepat, lebih selamat, dan lebih selesa, dan kami berharap lebih ramai pelanggan kami dapat mencubanya. Walaupun berlakunya wabak ini, kami ingin tetap meningkatkan pengalaman pelanggan sebaik mungkin sambil menyumbang kepada pemulihan berterusan negara kami.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan