Categories: Berita

RASMI: MV Agusta bekerjasama dengan Akrapovič

MV AGUSTA SECARA RASMI MENGUMUMKAN PERKONGSIAN INDUSTRI BARU MEREKA DENGAN AKRAPOVIČ! MELALUI PERKONGSIAN BARU INI, AKRAPOVIČ SECARA EKSKLUSIF AKAN MEMBEKAL SISTEM EKZOS YANG DIREKA KHUSUS UNTUK MODEL MV AGUSTA TERPILIH!

Mv Agusta mengumumkan perkongsian industri mereka dengan pengeluar ekzos premium Slovenia, Akrapovič. Dengan perkongsian baru ini, Akrapovič akan secara eklusif mereka, membangun serta membekal sistem ekzos khusus untuk model MV Agusta.

Dipelopori oleh juara pelumba Igor Akrapovič, Akrapovič adalah salah satu pengeluar ekzos utama di dunia. Penggunaan titanium, superalloy dan komponen serta struktur gentian karbon, produk Akrapovič digunakan dalam motosikal dari MotoGP hingga World-SBK dan MXGP. Mengalihkan teknologi canggih, teknologi berasaskan perlumbaan trek dengan prestasi dan kualiti yang tidak ditandingi ke model pengeluaran, Akrapovič terkenal oleh peminat motosikal dan kereta di seluruh dunia.

KOMEN TIMUR SARDAROV CEO MV AGUSTA MOTOR S.P.A MENGENAI PERKONGSIAN BARU INI:

“Bunyi adalah sebahagian daripada pengalaman MV Agusta. Ini adalah elemen penting untuk gayanya dan kami memberi banyak perhatian kepadanya. Model silinder 3 dan 4 kami mempunyai keperibadian yang cukup unik dan kami selalu berusaha supaya sepadan dengan bunyi yang meremang bulu roma” kata Timur Sardarov, CEO Mv Agusta S.p.A. “Tetapi perkongsian ini melangkaui penampilan dan bunyi, ia adalah tentang teknologi terkini, prestasi dan kualiti tanpa kompromi. MV Agusta dan Akrapovič mempunyai pendekatan yang sangat seiras untuk kecemerlangan industri, hanya menerima yang terbaik. Saya menyambut baik perkongsian ini sebagai pakatan semula jadi antara pemimpin yang berfikiran sama dalam bidang mereka sendiri, yang akan menghasilkan banyak sinergi dan produk yang lebih baik untuk kesenangan peminat motosikal di seluruh dunia.”

Related Post

KOMEN UROŠ ROSA CEO AKRAPOVIČ D.D:

“Akrapovič sangat teruja dengan bab baharu dalam sejarah motosikalnya” kata Uroš Rosa, CEO Akrapovič d.d. “Untuk menjalin perkongsian baru dengan salah satu jenama paling ikonik dalam industri dan yang mempunyai etos dan DNA yang serupa dengan kami adalah satu lagi langkah besar bagi syarikat kami. Count Domenico Agusta dan Igor Akrapovič kedua-duanya berasal dari latar belakang perlumbaan dan mencipta jenama global yang berjaya melalui semangat mereka; menjadikan kolaborasi ini wajar. Akrapovič akan membuat produk inovatif untuk model MV Agusta yang cantik yang akan datang tidak lama lagi; dengan reka bentuk yang tidak pernah dilihat sebelum ini.”

“Dengan bahan berteknologi tinggi, terbukti dari perlumbaan, seperti titanium dan gentian karbon; kami akan membuat sistem yang akan meningkatkan ‘Seni Motosikal’ yang dibanggakan oleh MV Agusta, dan jurutera kami akan menghasilkan bunyi yang unik untuk rangkaian tersebut. Ekzos kami akan membuat kenyataan bagi semua melihat dan mendengar yang ia melengkapkan motosikal MV Agusta dengan sempurna.”

Source: MV Agusta

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah