BANTAHAN DARI PEKERJA-PEKERJA HMSI SERTA PAMPASAN RS 1 LAKH SETIAP TAHUN.

Honda Motorcycle and Scooter India (HMSI) | Sumber gambar: Livemint

Honda Motorcycle and Scooter India (HMSI) mungkin menutup kilang pengeluarannya di Manesar oleh sebab bantahan dari lebih 2,000 pekerja kontrak. Bantahan ini berlaku minggu lepas apabila sejumlah pekerja kontrak yang kontraknya telah tamat atau hampir tamat dipaksa mengambil cuti tidak terbatas (indefinite leave).

HMSI adalah pengeluar dua road terbesar kedua di India. Ia mempunyai penghantaran purata bulanan dua roda lebih daripada 5 lakh dari kilangnya.

Kenyataan rasmi dari HMSI mengatakan bahawa 200 pekerja kontrak yang telah selesai tempohnya telah dilepaskan dari tugas. Ia juga dinyatakan “perekrutan yang diperlukan akan dipertimbangkan berdasarkan keperluan pasaran masa depan

Related Post

“Berdasarkan naik turun permintaan dan pelarasan pengeluaran 200 ahli kontrak yang termanya telah selesai, dilepaskan dari kerja mereka.” kenyataan itu baca.

Menurut workers union, sebanyak 2,000 pekerja diminta untuk tinggal kerja mereka sejak Ogos 2019. Ini dipetik dari Auto NDTV. Honda pula mengatakan bahawa pekerja kasual yang telah tamat tempohnya diminta tinggal kerja mereka. Pekerja-pekerja ini menuntut pampasan ₹ 1 lakh setiap tahun bagi setiap pekerja yang diminta tinggal kerja mereka.

Kurang jualan telah memberi impak kepada pasaran India oleh sebab krisis dalam sektor automobil negara. Ini telah banyak mempengaruhi pekerja kasual di kilang pengeluaran. Walau bagaimanapun, jualan runcit telah optimistik sepanjang musim perayaan tetapi tidak dihantar dari kilang. Pengeluar telah menurunkan bilangan pengeluaran disebabkan penurunan permintaan.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan