JEFFREY HERLINGS MENDAPAT KEMENANGAN PERTAMA MUSIM DI ENGLAND.

Red Bull KTM’s Jeffrey Herlings | Sumber gambar: KTM Factory Racing

Pembuka musim bagi MXGP Championship 2020 di Matterley Basin telah berlangsung sepanjang hujung minggu dan para pelumba Red Bull KTM Factory Racing berjaya dapat keputusan yang memuaskan. Trek ini dilanda dengan pelbagai keadaan cuaca seperti hujan lebat pada hari Jumaat, angin kencang pada hari Sabtu dan sinar matahari pada Ahad. Para pelumba Tony Cairoli, Jeffrey Herlings dan Jorge Prado selesai trek mencabar tersebut untuk berada dalam sepuluh teratas perlumbaan. Herling memenangi perlumbaan tersebut dan Cairoli menyertainya atas podium pada tempat ketiga. Prado pula mendapat tempat kesepuluh.

Pusingan kedua MXGP akan berlangsung hujung minggu depan di Eurocircuit berdekatan Eindhoven untuk Grand Prix Belanda.

JEFFREY HERLINGS (RED BULL KTM)- TEMPAT PERTAMA

Sumber gambar: KTM Factory Racing

Related Post

“Perlumbaan pertama dari dua puluh dan saya sangat konsisten. Dua permulaan baik, memimpin seluruh moto pertama, dapat ketiga dengan cepat, belakang Tony dan kemudian mendapat kedua. Trek agak sukar untuk dilihat. Ia masih masa dimana matahari terbenam lebih awal. Jadi ia agak sukar dengan bayang-bayang. Saya tidak mahu mengambil risiko dan agak gembira dengan tempat kedua. Ia adalah hujung minggu baik dan saya tahu kami telah mengemas kini motosikal ini sepanjang musim sejuk kerana ini adalah ujian benar pertama. Saya tidak sabar untuk ke Valkenswaard dan rumah GP saya,” kata Herlings seperti dipetik dari KTM Factory Racing.

TONY CAIROLI (RED BULL KTM)- TEMPAT KETIGA

Sumber gambar: KTM Factory Racing

“Ia agak baik untuk berada atas podium sekali lagi selepas beberapa bulan tanpa perlumbaan. Keadaan bahu saya telah bertambah baik dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Tetapi minggu lepas di Belgium saya terseliuh lutut kanan saya. Saya fikir musim saya telah pun tamat. Kemudian saya ke doktor dan dia mengesahkan bahawa ia adalah second-degree PCL tear. Saya membalut lutut yang sangat keras semalam dan hari ini dengan semua bekas roda di sana tidak membantu. Saya hanya perlu bekerja sebanyak mungkin pada otot untuk memastikannya stabil. Jadi untuk berada di podium di trek ini dalam keadaan ini menakjubkan dan saya bermotivasi sekali lagi untuk bekerja sangat keras. Kita akan lihat apa yang boleh kita lakukan seterusnya.”

JORGE PRADO (RED BULL KTM)- TEMPAT KESEPULUH

Sumber gambar: KTM Factory Racing

“Saya adalah juara dunia dan untuk mendapat kesepuluh bukan sesuatu yang biasa untuk saya. Dua tahun sebelum ini sangat baik. Namun jika saya lihat dari sudut yang berbeza dan selepas hanya dua minggu menunggang maka saya patut rasa sangat gembira dengan hari ini. Saya tidak mempunyai sebarang kesakitan dan saya bekerja keras: ini adalah yang terbaik yang boleh saya lakukan. Saya akan mengatakan bahawa 6-7 minit terakhir dan dua pusingan moto kedua agak sukar. Litar itu sangat kasar dan saya agak penat. Saya tidak mahu jatuh, dan matahari sangat rendah. Perlumbaan pertama musim ini, perlumbaan pertama dengan 450 dan kali terakhir saya berlumba adalah di Asse.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan