Harga motosikal CKD 150cc dan bawah akan turun di Malaysia mulai April 1 dengan 100% pengecualian cukai duti eksais?

MOTOSIKAL SIAP DIBINA TEMPATAN DENGAN KAPASITI ENJIN 150CC DAN KE BAWAH AKAN MENDAPAT 100% PENGECUALIAN CUKAI DUTI EKSAIS MULAI 1 APRIL HINGGA 31 DISEMBER 2021!

Ingin memiliki motosikal yang siap dibina tempatan dengan kapasiti enjin 150cc dan ke bawah? Jika ya, ini adalah berita baik bagi anda. Perdana Menteri, Tan Sri Muhidyinn Yassin baru sahaja mengumumkan bahawa motosikal CKD (Complete Knocked-Down) dengan kapasiti enjin 150cc dan ke bawah akan mendapat 100% pengecualian cukai duti eksais mulai 1 April 2021 hingga 31 Disember 2021. Pengumuman pengecualian cukai ini dibuat pada 17 Mac 2021 bersama dengan pengumuman PEMERKASA (Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi). Selain pengumuman itu, perincian lebih lanjut mengenai pengecualian cukai duti eksais belum dikeluarkan lagi.

Related Post

Dengan 100% pengecualian cukai duti eksais, harga motosikal CKD 150cc dan sub-150cc dijangka turun. Jadi, jika anda ingin membeli motosikal siap dibina tempatan dengan kapasiti enjin 150cc ke bawah, ini mungkin merupakan berita baik untuk anda. Jangan lupa untuk ikuti imotorbike untuk maklumat lanjut!

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah