Categories: Berita

Triumph Motorcycles lancar prototaip terkini Project TE-1

TRIUMPH MENJANGKAKAN UNTUK MENYELESAIKAN UJIAN PROTOTAIP TE-1 MENJELANG MUSIM PANAS.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Triumph Motorcycles baru-baru ini telah melancarkan model prototaip motosikal elektrik mereka, ‘Project TE-1’. Model ini adalah penanda aras Triumph menuju ke pasaran e-motosikal, bersaing dengan jenama seperti Zero Motorcycles, Energica, LiveWire, dan juga Harley-Davidson.

Dibangunkan sebagai motosikal elektrik, TE-1 mempunyai berat kira-kira 220 kg dan didatangkan dengan reka bentuk ‘sporty’. Triumph dikhabarkan akan memberikan sentuhan akhir kepada motosikal elektrik ini dalam beberapa bulan akan datang.

Related Post

Namun, komponen utama seperti ‘swingarm satu sisi’ dan reka bentuk ‘kerangka terdedah’ akan dikekalkan. Kejayaan projek itu juga menandakan keakhiran kerjasama antara Triumph, Williams Advanced Engineering, Integral Powertrain Ltd, dan WMG di University of Warwick, yang dibiayai oleh Office for Zero-Emission Vehicles.

Diterajui oleh Triumph, kejayaan TE-1 adalah hasil inovasi pakar daripada pelbagai industri, menyumbang kepada kerangka dan subframe belakang, panel dan roda, serta sistem pemacu akhir (termasuk transmisi). Ia juga menyumbang kepada pemacu tali pinggang karbonnya, fork kartrij Ohlins USD, Ohlins RSU, angkup monobloc Brembo M50 dan juga perisian kawalan Triumph Motosikalnya.

Objektif utama di sebalik projek TE-1 adalah untuk membangunkan motosikal elektrik yang cekap dan berkualiti tinggi. Objektif ini seterusnya akan menjadi tonggak syarikat dalam memperkasakan masa depannya serta meningkatkan kredibilitinya sebagai sebuah syarikat automotif British.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah