Categories: Berita

Brabus 1300 R rasmi dilancar di laman web KTM

LAPORAN AWAL MENDEDAHKAN BAHAWA HANYA 77 UNIT BRABUS 1300 R DIBINA SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN FIRMA ITU PADA TAHUN 1977.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Beberapa portal sibuk menyiarkan berita mengenai kerjasama antara Brabus dan KTM yang mungkin menggunakan Super Duke sebagai asas kepada model baharu mereka.

Terdapat spekulasi di internet baru-baru ini selepas ia dikatakan terdapat beberapa ujian yang dijalankan antara kedua-dua pihak.

Namun, misteri itu akhirnya terbongkar apabila laman web rasmi KTM sendiri mendedahkan model itu sebenarnya adalah Brabus 1300 R.

Model gabungan Brabus dan KTM sepatutnya dilancar pada 11 Februari. Namun, KTM secara tidak sengaja mendedahkannya semalam sebelum pos itu ditarik balik.

Carian Google masih menemui gambar tersebut walaupun model Brabus 1300 R tidak lagi dipaparkan di laman web rasmi KTM. Berdasarkan gambar yang didedahkan, gaya agresif 1290 Super Duke masih menerima sentuhan reka bentuk unik Brabus.

Related Post

Dari segi spesifikasi, tiada maklumat setakat ini dan harga jualan Brabus 1300 R masih satu rahsia.

Apa yang kami tahu ialah ini merupakan motosikal pertama daripada Brabus adalah berasaskan platform 1290 Super Duke Evo.

Ia dijangka Brabus 1300 R akan dilengkapi dengan fork WP Apex dan ‘monoshock boleh laras elektronik, dikuasakan oleh enjin 1,301cc V-Twin Super Duke dengan 180hp.

Model itu dijangka berkongsi banyak komponen KTM. Perbezaan yang paling ketara adalah pada lampu depan dan ventilator angin di depan.

Brabus 1300 R juga dimuatkan dengan bahagian gentian karbon dan bahan ringan untuk tangki minyak, kaliper brek, ventilator, ‘footpegs’ dan ‘tuil boleh laras’.

Warna yang dipamerkan ialah Magma Red (merah) dan Signature Black (hitam).

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah