Categories: Berita

Oben Rorr boleh capai jarak 200km dalam satu cas!

MOTOSIKAL ELEKTRIK OBEN RORR AKAN DATANG DALAM TIGA VARIAN.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Oben EV, sebuah syarikat kereta elektrik yang berpangkalan di Bengaluru, telah memperkenalkan motosikal elektrik pertamanya ke pasaran India.

Produk sulung syarikat itu dinamakan ‘Oben Rorr’. Motosikal elektrik ini didakwa mampu mencapai jarak gerak sehingga 200 kilometer dalam satu cas.

Motosikal elektrik berkelajuan tinggi ini akan dilancarkan secara rasmi di India bulan depan. Sementara itu, penghantaran kepada pelanggan akan bermula pada suku kedua tahun ini.

Related Post

Oben EV masih belum mendedahkan banyak butiran mengenai motosikal elektriknya.

Namun, khabarnya motosikal elektrik berkelajuan tinggi ini mempunyai kelajuan tertinggi 100 km/j. Ia dikatakan mampu memecut dari 0-40 km/j dalam masa 3 saat sahaja.

“Oben EV sentiasa bersedia dengan ujian pada tahap ketahanan, dan keselamatan untuk menangani sebarang kekurangan dalam produk yang dihasilkan,” kata Madhumita Agrawal, Pengasas Bersama Oben Electric.

Motosikal elektrik Oben Rorr serba baharu itu ditawarkan dalam tiga varian, namun harga jualannya masih belum didedahkan.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah