Categories: Sukan Motor

Jorge Martinez Aspar dan Stefan Dörflinger digelar Legenda MotoGP

Stefan Dörflinger | Sumber gambar: MotoGP

Hall of Fame MotoGP akan mendapat dua lagi nama kepada senarainya kerana Jorge Martinez Aspar dan Stefan Dörflinger telah diumumkan sebagai legenda MotoGP musim ini. Pelumba Sepanyol dan Swiss ini adalah dua nama terbesar dalam sukan ini pada 80-an, mendominasi kelas 80 cc.

Dörflinger, satu nama yang hanya peminat paling setia MotoGP akan kenali adalah juara dunia dua kali kelas 50 cc pada 1982 dan 1983 sebelum menjadi juara pertama kali 80 cc apabila kapasiti ini diperkenalkan di perlumbaan World Grand Prix pada 1984. Setahun kemudian, Stefan Dörflinger berjaya mempertahankan gelaran dunianya dan menjadi juara dunia 80 cc dua kali, memperoleh 4 gelaran dunia pada namanya.

Pelumba Swiss ini bercadang untuk bersara pada 1990, melengkapi kerjayanya dengan 18 kemenangan.

Related Post

Bagi Jorge Martinez Aspar, pelumba Sepanyol ini tiba di pentas dunia apabila Dörflinger berlumba pada peringkat atas dan mereka berkongsi litar lumba selama bertahun-tahun, dalam 50 cc dan 80 cc. Jorge Martinez Aspar memasuki perlumbaan Grand Prix Dunia pada tahun 1982, dan pada 1986 memenangi gelaran dunia pertamanya di 80 cc.

Pada 1987, Aspar berjaya sekali lagi dalam kelas 80 cc dan musim seterusnya dia berjaya untuk mempertahankan gelarannya and buat kali pertama berlumba dalam kelas 125 cc. Aspar bukan sahaja berjaya memenangi kelas 80 cc tetapi menjadi juara 125 cc pada masa yang sama, membelah musim perlumbaannya di antara dua kelas dan memenangi tidak kurang daripada 11 perlumbaan di 125 cc!

Jorge Martinez Aspar berlumba hingga 1987 dan apabila dia memutuskan untuk bersara dia melakukannya dengan empat gelar dunia, berlumba dalam 50 cc, 80 cc, 125 cc dan 250 cc, dan mempunyai rekod 37 kemenangan pada namanya.

Stefan Dörflinger akan digelar Legenda MotoGP pada German GP, manakala Jorge Martinez Aspar harus menunggu hingga perlumbaan akhir musim di Valencia.

Dua nama baru akan menyertai senarai terkenal Legenda MotoGP: Giacomo Agostini, Mick Doohan, Geoff Duke, Wayne Gardner, Mike Hailwood, Daijiro Kato, Eddie Lawson, Anton Mang, Angel Nieto, Wayne Rainey, Phil Read, Jim Redman, Kenny Roberts, Jarno Saarinen, Kevin Schwantz, Barry Sheene, Marco Simoncelli, Freddie Spencer, Casey Stoner, John Surtees, Carlo Ubbiali, Alex Crivillé, Franco Uncini, Marco Lucchinelli, Randy Mamola, Kork Ballington, Dani Pedrosa and Nicky Hayden.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan