JENTERA UJI CFMOTO 800MT ADVENTURER TELAH DILIHAT SEKALI LAGI! INI ADALAH SEMUA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG MOTOSIKAL 799CC DUAL-SPORT ADVENTURE CFMOTO YANG BAKAL DATANG.

Pada 2018, KTM dan CFMOTO secara rasmi telah mengumumkan kerjasama mereka, CFMoto-KTMR2R. Dengan ini, rancangannya adalah untuk mengalih pengeluaran model LC8c selari-kembar 799cc middleweight KTM ke kilang CFMoto di China mulai tahun 2020.

Berikutan itu, awal tahun ini, jentera uji CFMOTO 800MT Adventurer dikuasai KTM telah dilihat sedang diuji di jalan raya. Baru-baru ini, satu lagi jentera uji telah dilihat. Dengan itu kami mempunyai lebih perincian mengenai 800MT Adventurer CFMOTO yang bakal datang.

SPESIFIKASI CFMOTO 800MT [SPEKULASI]

Reka bentuknya kelihatan kemas dan kami rasa CFMOTO telah melakukan kerja yang luar biasa dengan motosikal ini. Seperti yang dijangkakan, 800MT dilengkapi dengan lampu depan LED penuh serta skrin paparan TFT besar. Selain daripada penampilan moden, kami berpendapat bahawa CFMOTO 800MT pasti akan menampilkan teknologi moden seperti integrasi telefon pintar dengan navigasi dan banyak lagi.

Related Post

Lebih-lebih lagi, dari reka bentuknya, 800MT kelihatan lebih seiras motosikal dual-sport adventure daripada sekadar adventure tourer. Dalam kes enjin, CFMOTO 800MT dijangka akan dikuasakai oleh enjin selari-kembar 799 cc LC8c KTM 790 Adventure yang menjana 95.1 ps /93.7 hp dan tork 88 Nm. Walaubagaimanapun, CFMOTO kemungkinan besar akan melakukan beberapa perubahan / kemas kini untuk memberikan 800MT watak sendiri. Sekiranya demikian, kami rasa 800MT juga akan dapat quick shifter bidirectional sebagai standard.

Untuk bahagian suspensi, 800 MT dilengkapi dengan fork depan terbalik dan mono-shock di belakang. Untuk brek, cakera depan kembar dengan kaliper radial dan cakera belakang dengan kaliper gelongsor menguruskan pengereman. Seperti yang telah kita sebutkan sebelum ini kerana ini lebih kepada dual-sport adventurer, 800MT  datang dengan tayar jenis dual-purpose yang dibalut sekitar roda 19 inchi di depan dan 17 inchi di belakang.

KETERSEDIAAN CFMOTO 800MT

Menurut kebocoran terbaru, nampaknya CFMOTO 800MT akan memasuki pengeluaran tidak lama lagi. Sebenarnya, sumber mendakwa bahawa 800MT sepatutnya memasuki produksi pada bulan September dan akan diperkenalkan pada tahun ini, 2020. Walaubagaimanapun, pelancaran sekarang telah ditunda ke awal 2021, lebih mungkin disebabkan oleh wabak COVID-19 sekarang.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan