MARC MARQUEZ MEMENANGI GP PERANCIS DAN MEMBERI HONDA KEMENANGAN KE-300 MEREKA DALAM KELAS PREMIER.

Ia memang satu perlumbaan yang sangat mencabar di Le Mans, walaupun bakat Marc Marquez menunjuk ia senang. Juara Dunia berturut-turut dan pelumba Repsol Honda berada pada tahap yang terbaik di GP Perancis. Ia adalah kemenangan bagi pelumba terbaik dalam MotoGP, dan tiada siapa yang seolah-olah dapat bertarung dengannya. Akibatnya, kemenangan Marquez juga menjadi ke-300 bagi Honda dalam kelas premier. Itu menjadikan Honda pengeluar pertama untuk mencapai peristiwa penting itu.

Tetapi GP Perancis dilanda dengan beberapa insiden. Yang pertama adalah pada pusing warm-up. Karel Abraham (Reale Avintia Ducati) jatuh dan di belakangnya, Joan Mir (Ecstar Suzuki) juga terhempas selepas melihat Abraham di asfalt. Mir kembali ke perlumbaan dan mendapat tempat ke-16 tetapi Abraham tidak dapat menghabiskan perlumbaan tersebut.

Bagi perlumbaan pula, Marc Marquez tidak membazir posisinya. Pelumba Sepanyol ini mengekalkan pendahuluan semasa pusingan pertama Le Mans. Tetapi di belakang dia, duo Ducati Jack Miller dan Danilo Petrucci memberi tekanan. Akhirnya, Miller mengambil langkah untuk mendahului, tetapi Marquez kembali ke depan beberapa saat kemudian. Sejak itu penunggang Repsol Honda melarikan diri dan melintasi garisan tamat dengan mudah.

Related Post

Dari tengah grid, dua pelumba juga berjaya untuk mendekati duo Ducati. Andrea Dovizioso dan Valentino Rossi (Monster Energy Yamaha). Rossi adalah pertama untuk mendekati ketiga-tiga pelumba depan tetapi tidak mempunyai irima. Dovizioso juga tiba untuk bersaing bagi kemenangan podium tetapi tidak seperti Rossi, dia mempunyai irima.

Dovisiozo memotong Rossi dan kemudian Petrucci dan Miller. Rossi mengalami masalah cengkaman dengan Yamaha dia dan tidak dapat bertanding untuk tempat atas podium. Petrucci juga mengalami sedikit masalah tetapi berjaya untuk mendapat semula kelajuannya. Jack Miller seperti Rossi mengalami masalah cengkaman dan meninggalkan perjuangan untuk kedudukan podium kepada pelumba kilang Ducati.

Dengan Dovisiozo pada tempat kedua, Petrucci mencuba langkah terbaiknya untuk memotong rakan sepasukannya. Kadang-kadang dia melepasi Dovizioso, tetapi pemenang kedua MotoGP musim lalu kembali di tempat kedua selepas setiap serangan Petrucci. Pada pusingan terakhir, Petrucci terus mencuba dan menjamin tempat kedua, tetapi Dovizioso berjaya mempertahankan kedudukannya. Dengan itu, Andrea Dovizioso melepasi garisan di tempat kedua manakala Danilo Petrucci berada di tempat ketiga.

Dalam kejuaraan MotoGP, Marquez memimpin dengan 95 mata, Andrea Dovizioso mempunyai 87, dan Joan Mir mempunyai 75 mata.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan