HAFIZH SYAHRIN MENDAPAT DUA MATA BAGI MUSIM INI DENGAN MENDAPAT POSISI KE-14 PADA PERLUMBAAN MOTOGP DI LE MANS.

Ia adalah satu musim yang sukar bagi Hafizh Syahrin. Bintang pelumba Malaysia sedang terkial-kial dengan KTM RC16. Tidak seperti musim lalu dengan Yamaha, Syahrin tidak mampu bertanding untuk 15 teratas. Hingga kini! Pada GP Perancis di Le Mans, Syahrin tamat perlumbaan MotoGP itu pada kedudukan ke-14 dan mendapat dua mata.

Related Post

Bermula di 21 pada grid. Syahrin meningkat beberapa posisi semasa pusingan ke-27 perlumbaan MotoGP. Dengan beberapa pelumba terhempas dan penalti pada rakan sepasukan, Syahrin akhirnya dinaikkan ke 14. Keputusan ini amat penting baginya dan merupakan keputusan terbaik setakat musim ini.

“Terima kasih kepada Tuhan, kerana Dia memberi saya motivasi sepanjang musim dan hujung minggu ini amat istimewa bagi saya. Ia adalah tempat GP pasukan dan saya tidak putus asa. Saya juga ingin mengucap terima kasih kepada pasukan saya kerana mereka sentiasa percayai kemampuan saya dan juga tidak pernah berputus asa untuk memperbaiki jentera saya serta gaya saya. Pada permulaan ia memang susah untuk mendapat kelajuan yang saya perlukan tetapi selepas setiap pusingan saya mendapat irama saya. Saya berjaya untuk mengejar Miguel dan kekal dekat dengan dia. Akhirnya, dia membuat kesilapan dan saya muncul pada kedudukan 14. Dua mata ini amat penting bagi saya dan saya ingin mendedikasikannya kepada keluarga saya dan semua orang di sekeliling saya,” kata Hafizh Syahrin.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan