COOPER WEBB DARI RED BULL KTM MENDAPAT KEMENANGAN PADA PUSINGAN KEDUA TERAKHIR AMA 450SX DI NEW JERSEY

Cooper Webb |  Sumber gambar: Akrapovic

Pasukan Red Bull KTM Factory Racing Team telah mempunyai satu hujung minggu yang mereka tidak akan lupakan apabila Cooper Webb memberi prestasi yang menakjubkan. Pelumba ini amat hampir untuk menjadi juara buat kali pertama AMA 450SX dengan kemenangan pada pusingan kedua terakhir di East Rutherford, New Jersey. Rakan sepasukan Marvin Musquin juga telah memberi prestasi cemerlang untuk mencapai kedudukan lima teratas.

COOPER WEBB (RED BULL KTM): SEPERTI YANG BERLAKU

Webb memperoleh kemenangan sebelum Eli Tomac. Dia berjaya mencapai kedudukan dalam lima terbaik dalam sesi kelayakan. Pada hari perlumbaan, dia mengambil alih KTM 450 SX-F Factory Edition di mana dia memimpin perlumbaan tersebut. Dia bertarung dengan Tomac untuk lapan pusingan pertama dan mampu mendapat tempat kedua. Tomac membuat kesilapan dan turun pada pusingan sembilan untuk membenarkan Webb mengambil alih. Dia akhirnya memperoleh kemenangan ketujuh musim ini.

“Secara keseluruhan, saya ia satu perlumbaan yang baik. Saya rasa saya menunggang pada kelajuan yang konsisten dan saya bukannya kata pelumba lain tidak menunggang seperti itu tetapi terdapat beberapa kesilapan yang mereka buat. Saya amat gembira, satu lagi kemenangan adalah luar biasa dan kami semakin hampir ke gol terakhir,” kata Webb seperti yang dipetik dari Red Bull KTM.

Related Post

Cooper Webb | Sumber gambar : Red Bull KTM

MARVIN MUSQUIN (RED BULL KTM): SEPERTI YANG BERLAKU

Musquin mengambil jenteranya KTM 450 SX-F Factory Edition ke tempat kedua pada pusingan pertama pada sesi kelayakan. Pada acara utama, dia kehilangan momentumnya dan melanggar pelumba di hadapannya. Walau bagaimanapun, dia bangkit untuk meneruskan perlumbaannya dan berada dalam kedudukan 10 teratas pada pusingan lapan. Dia kemudian berjaya menyeberangi bendera itu untuk mencapai kedudukan dalam lima teratas.

“Ia amat mengecewakan untuk mengalami kemalangan itu pada sudut pertama, memandangkan saya berasa hebat sepanjang hari ini. Dari kedudukan terakhir yang saya berjaya kembali ke kedudukan kelima, ia adalah perlumbaan yang baik tetapi ia tidak membawa saya mata yang saya perlukan dan saya memang mahu menang malam ini. Tetapi itulah perlumbaan dan perkara-perkara seperti ini jelas berlaku,” kata Musquin.

Marvin Musquin | Sumber gambar: MX Vice

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan